...r@k@n nI@g@ t@ukE BloG...


...entri sebelum mandi...

0
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Adoi,kaw-kaw punya bosan hari nie..Tak tau ape nak buat..Nak balik Taiping, aku sekarang nie ada kat JB..Gile punya jauh kalau nak balik..Miss my bucuk very much daa..Next week baru leh jumpa buah hati aku tue..Dah 2 minggu beb tak jumpa..Jumpa pon dalam 3G je..Mana puas..Tak leh nak tarik-tarik pipi..

Jap lagi,nak gi lunch kejap kt Restoran Sri Bayu Perdana..Pas tue, nak gi Kompleks Belia dan Sukan JB nak gi tengok tournament futsal ngan Jai a.k.a officemate aku masa aku kat JB..Seb bek la ada si Jai nie, klu tak, mati keras aku dok umah nie sorang-sorang..

Jom mandi..Hahahahahaha..Apa punya spesies daa aku nie, kol 12 baru nak mandi..Aku jimat air la..Dah la datang JB nie menumpang umah orang,lagi mau buat pembaziran ke..


~from taiping with love~

...kaunter timbang-menimbang...

2
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Ada sesapa nak timbang berat tak? Tapi bukan timbang berat badan tau..Tapi timbang berat blog korang tue..Mungkin dah ramai yang pernah wat aktiviti timbang-menimbang nie kan..Tapi kepada blogger yang tak pernah lagi timbang blog,boleh la timbang-timbang di sini. Kat sini korang leh la check kapasiti blog korang dan bape load speed blog korang..Nie pulak result blog aku selepas ditimbang sukat..

Kalau korang rasa blog korang tue lembab semacam je walaupun line internet tue ok, baik korang gi timbang dulu blog korang..Kalau tengok load time korang tue lama semacam aje,baik kirenya korang buat kerja-kerja pembersihan sket kat blog korang tue..Buang aje la widget-widget yang tak patut tue..Buat berat je..


~from taiping with love~

...asal sedap je, mesti bahaya...

5
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Asal sedap jer,mesti bahaya..Asal bahaya je, benda tue mesti sedap..Korang baca tak suratkhabar Kosmo hari nie? Pasal minuman 3 in 1 yang macam nescafe, tongkat ali, kacip fatimah dan seangkatan dengannya..Sekarang nie,kalau la korang adalah peminum tegar minuman 3 in 1 nie,baik korang cuba ubah status peminum tegar korang tue kepada peminum tak tegar sangat..

Menurut pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslee Rajikan, minuman 3 in 1 nie kalau diambil secara melampau boleh menyebabkan diri korang terdedah kepada risiko masalah kesihatan. Kat sini ada sedikit info tentang kandungan minuman 3 in 1 nie..

-Mengandungi lebih 3 sudu teh gula dalam setiap pek

-Gula yang berlebihan nie digunakan untuk menghilangkan rasa pahit dalam minuman.

-Krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu dari minyak kelapa sawit yang boleh sebabkan saluran arteri darah tersumbat yang boleh akibatkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

-Turut mengandungi kafein yang boleh sebabkan rasa berdebar dan menyukarkan tidur pada waktu malam.

-Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori di mana jumlah kalori nie adalah sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.

-Kandungan tingkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana harganya yang mahal.

Sebenarnya, kita bukannya tak boleh langsung nak minum minuman 3 in 1 nie..Boleh diminum, tapi jangan la asal nak minum aje, minuman 3 in 1 nie jadi pilihan..Kalau setakat ambik 1 paket sehari tak jadi masalah..Kalau sehari sampai 7-8 paket korang hentam minum, tue yang jadi masalah..So, dengan sedikit info kat atas nie, kepada sesapa peminum tegar minuman 3 in 1, leh la cuba kurang-kurangkan ketegaran korang tue ye..Aku takpe,aku tak berapa berkenan sangat minum 3 in 1 nie..

p/s: air minuman yang wife aku bancuh la paling sedap..huhuhuhhu..


~from taiping with love~

...blogger terkenal minta cerai guna blog...

4
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Apa cerita nie? Blogger terkenal (terkenal ke?) mintak cerai guna blog..Isk isk isk..Dulu kecoh pasal cerai-berai guna sms,sekarang nie dah ada style baru pulak dah,guna blog..Hmm,nie kisah yang aku baca kat muka depan akhbar Kosmo semalam..Mungkin ada antara korang ada terbaca cerita nie kot..Kisah rumahtangga 2 orang blogger terkenal yang berstatus laki bini yang dah lama berkahwin..Dan diaorang nie pulak berstatus Dato dan Datin tau..Kelas gitu..Patut la sampai nak mintak cerai pon nak dengan cara yang bergaya..Aku malas nak mentionkan sapa yang empunya diri yang bergelar Dato dan Datin nie..Korang cari sendiri ye..Dikhabarkan 2 orang blogger memang terkenal dan ada banyak followers..Yeke? Ntah,jangan tanya aku..Aku pun tak pernah lagi menjelajah ke blog diorang nie..

Aku tak pasti la kan samada entri dari blogger terkenal yang berstatus Datin nie hanya luahan perasaan dia aje..Tapi, kalau nak buat luahan perasaan pon, buat la luahan perasaan pasal benda-benda lain..Hal-hal rumahtangga macam nie aku rasa sangat-sangat tak sesuai untuk dijadikan entri luahan perasaan dalam blog..Tak payah la nak bagitau satu dunia pasal masalah rumahtangga tue..Takde orang yang nak tau pon..


~from taiping with love~

...pertandingan i-Hack...

3
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Korang teror tak pasal komputer? Adakah tahap ke'teror'an korang tentang komputer dah sampai level 'hacker' atau kalau dimelayukan maksudnya PENGODAM?..Kalau korang dah sampai ke tahap tue, dan teringat le sesangat nak uji tahap ke'teror'an menggodam, pe kata korang masuk je pertandingan i-Hack anjuran Uitm Shah Alam pada 7-8 Ogos 2010..1 team kena ada 3 orang hacker..Aku terkejut jugak masa tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O kat tv9 pagi tadi..Tak sangka pertandingan macam nie ada kat Malaysia..Tengok, sapa kata Malaysia tak maju beb..Ramai dah tau hakers yang lahir dari pertandingan anjuran Uitm nie..Tapi kan,kalau nama pon hacker,diaorang nie mesti buat kerja-kerja jenayah yang macam selalu kita tengok dalam movie ataupun dalam berita..Kes-kes duit hilang dari akaun, maklumat sulit syarikat diceroboh dan yang paling hardcore,rahsia sesuatu kerajaan diceroboh..Pertandingan nie kalau kita pandang dari satu sudut,macam boleh mendatangkan kemudaratan..Tapi, menurut penganjur i-Hacks nie,pertandingan nie diadakan bertujuan nak didik para hacker nie jadi hacker yang beretika..Wahhhh...Kirenye diaorang nak didik hacker nie ke jalan yang positif dalam applykan kemahiran diaorang tue..Menurut penganjur lagi, pertandingan nie bukan aje nak tengok tahap kecekapan hacker-hacker nie mencoroboh, tapi nak tengok jugak betapa cekapnya diaorang untuk protect sistem yang diaorang bina..Kirenya ada pro dan kontra la kat sini..Cari jalan macam mana nak ceroboh sistem orang, dan cari jalan macam mana nak protect sistem sendiri dari kena ceroboh..

Hmm,bagi aku la kan, pertandingan nie ada positif dan negatifnya..Biasa la kan, semua benda ada pro dan kontra..Benda nie akan jadi positif kalau hacker-hacker nie melakukan kerja godam-mengodam secara beretika.Kiranya menghayati  matlamat utama pengajur la kan..Tapi, benda nie boleh jadi negatif kalau kerja godam-godam nie dilakukan untuk jenayah..Hopefully para peserta pertandingan nie adalah pengodam yang berhemah dan beretika ye..Jangan jadi penjenayah siber dah le..Tertinggal plak, penganjur cakap pasukan termuda yang masuk pertandingan nie budak sekolah menengah tingkatan 2..Hah,amik kau..Anak-anak kat Malaysia sekarang nie dah sama level beb ngan anak-anak mat salleh..Yang tak tahan tue,bebudak nie masuk atas sokongan parent diaorang tau..Mak salah sorang budak nie cakap kat penganjur, dia suruh anak dia masuk sebab tengok anak dia nie teror sangat dok hacks sistem komputer mak dia..Amik kau..Budak-budak macam nie la yang nak kena didik betul-betul..Kalau silap didikan nie,leh jadi penjenayah tak bertauliah beb..


So,pengodam-pengodam sekalian, apa lagi mau tunggu? Pegi la test power korang masuk pertandingan nie..Chamion dapat RM6000 tau..

p/s: nie bukan pertandingan sape teror makan coklat Hacks yer.Harap maklum..


~from taiping with love~

...Agnes Monica berbogel..betul ke?...

1
Panas! Panas! Panas! Fuhhhh..eh, macam Awal Ashaari plak aku nie..

Gempak!!!!

Cerita terbaru,terhangat,terhangit dan yang sewaktu dengannya..Cerita Ariel Peterporn tak reda lagi, dah timbul pulak satu cerita sensasi made in Indonesia...VIDEO BOGEL AGNES MONICA..

WOW!!!! WOW lagik!!! dan LAGI!!!!


Tapi, betul ke semua cerita nie? Entah,aku tak tau dan jangan tanya aku..Cerita nie pun aku dapat masa baca paper Metro..Gi tanya orang-orang indon kat laur sana..Diaorang tau kot..Silap-silap dah ada pon video tue..Tapi jangan mintak kat aku..Tapi kalau nak bagi kat aku takpe..Hohohohoho..


~from taiping with love~

...mamak, kopi TAIK secewan...

2
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Ada sesapa tak yang berani kalau pegi kedai mamak pastu cakap macam nie,

" Mamak, kopi TAIK secawan..Buih lebih "

Hah, ada bran ka kawan-kawan? Tapi hakikatnya, sekarang nie memang dah ada kopi TAIK tau..Serius beb, nie bukan lawak senario atau mr.bean..

Meh aku citer sket macam mana kopi taik nie dihasilkan ye..Kopi Luwak nie sebenarnya diperbuat daripada biji kopi yang terhasil dari taik musang.. Mula-mula, musang akan makan biji kopi yang dah masak ranum.. Lepas tue musang tue sakit perut dan berak..Taik musang yang kesakitan perut akibat makan kopi ranum tue pulak akan dipanggang..Lepas tue terhasil la kopi taik musang atau nama komersialnya KOPI LUWAK...Yang lagi best, kopi taik musang nie adalah kopi yang termahal di dunia beb.. Harga dia RM 1600 sekilo dan hanya dihasilkan sebanyak 200 kilogram aje setahun di seluruh dunia..Ape ke heinya la kopi taik musang boleh jadi kopi termahal di dunia nie? Tak faham betul aku..Dan lebih mengejutkan, Pengerusi Majlis Ulama Indonesia kata kopi nie tak haram dan boleh diminum oleh orang Islam..Isk, yeke nie?

Aku tak berani nak komen pasal halal haram nie..Tapi kan, kalau la korang nie millionare @ billionare yang kemaruk nak minum kopi, adakah korang nak minum kopi TAIK nie? Kalau aku, say hye-hye bye-bye la..tak rela aku aku habiskan duit semata-mata minum kopi TAIK.. Aku lagi sanggup aku minum kopi 'O' takde gula woo..

p/s: ade sesape nak jual tak kopi TAIK aku? Murah je, RM100 je sekilo..Setahun leh kuar 1000 kg...Hahahahahaha..


~from taiping with love~

...segmen PSIKOLOGI - 6 perkara mudah buat anda disenangi...

1
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Apa khabar semua??..Kali nie aku nak share dengan korang sedikit santapan minda..Jom kita share dan amalkan sama-sama..


-6 PERKARA MUDAH BUAT ANDA DISENANGI-

1) Menjadi pendengar yang baik


- Kesediaan mendengar dengan baik bukan bermakna kita hanya menerima secara pasif apa yang disampaikan oleh rakan sekerja. Tetapi perlu memberi respon sama ada secara lisan atau bukan lisan.



2) Belajar memahami induvidu yang lain

- Belajar mengenali teman sekerja anda sepanjang perbualan. Jangan memaksa mereka mengikut cara anda, sebaliknya biar mereka melakukannya mengikut kerelaan hati.



3) Jaga penampilan

- Berpakaian kemas dan segar. Tidak salah memakai wangian pada badan, asalkan tidak keterlaluan. Anda pasti disenangi. Anda juga seharusnya pandai menilai sesuatu perkara yang berlaku di persekitaran anda.



4) Berilah pandangan yang bernas dan berkongsilah dengan teman anda

- Manusia sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah yang ada kalanya tidak dapat mereka selesaikan secara bersendirian.Tidak salah sekiranya anda cuba memberi jalan penyelesaian dengan bantuan idea-idea praktikal dan bernas serta ikhlas.



5) Jangan berpura-pura

- Bersikap jujur dengan diri sendiri adalah cara yang paling baik sekali. Langkah itu membuatkan anda lebih dihormati. Pastinya individu yang menghormati diri sendiri akan belajar menghormati orang lain.



6) Amalkan senyuman

- Sentiasa memberikan senyuman setiap kali memulakan perkenalan dan perbualan. Senyuman akan menjadi pemangkin dalam perhubungan yang mesra.


~from taiping with love~

...segmen baru di cerita5zal.blogspot.com...

0
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Kali nie aku nak tampilkan satu segmen baru dalam blog aku iaitu segmen ' PSIKOLOGI ' dan segmen ' RENUNGAN JUMAAT '..Actually aku bukan ler pakar psikologi atau ada apa-apa kelayakan dalam bidang psikologi, tapi just nak share dengan korang serba sedikit info + tips + ilmu yang aku dapat dalam bentuk email dari seorang sender yang memang expert dalam bidang nie dalam inbox email aku..

Hope apa yang aku kongsikan disini dapat memberi manfaat kepada kita semua..
SHARING IS CARING..

* segmen 'RENUNGAN JUMAAT' akan dipublishkan pada setiap hari JUMAAT je ye..


~from taiping with love~

...tak nak bagi bersawang...

0
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Semalam pukul 7.30 malam aku selamat sampai ke JB..Dan hari nie, aku datang balik ke ex-ofis aku..Kali nie,aku akan stay kat JB 2 minggu..Lama kan..So, ofis aku kat Penang mesti rindu bangat sama aku 2 minggu nie..Dan, yang paling tak best, aku tak leh jumpa wife aku 2 minggu nie..Nothing yang aku nak ceritakan..Sebab takde benda best pon nak share ngan korang..Tapi, saje je update entri..Tak nak la bagi blog merah aku nie bersawang lama-lama..Kesian kat dia..Tengok le nanti, kot-kot ada something yang best aku jumpa kat JB nie, aku share ngan korang k..


~from taipin with love~

...entri di kala menanti...

3
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Entri di kala menanti detik 6 petang..Actually aku sekarang nie tengah dalam mode 'menanti'..Adoi, lambatnye lagi pukul 6 petang..Aku sekarang nie ada kat area Sri Iskandar, Perak..Korang tau ke kat mana tue? Ok, kat sini lah terletaknye Uitm cawangan Perak, iaitu Uitm Sri Iskandar..Kat sini gak ada 1 lagi ' U ', Universiti Teknologi Petronas (UTP)..Aku tengah tunggu wife aku abis kelas sebenarnya kt Uitm tue..Hari nie wife aku kena attend kelas dari pukul 8 pg - 6 ptg..

Bosan giler nie wei..Pagi tadi tak bosan sgt sebab aku boleh online guna lappy yang aku bawak..Tapi, baru pakai 3 jam, bateri plak abis..Lepas lunch ngan wife kat kafe Uitm td, terus aku keluar pusing-pusing area Sri Iskandar nie cari port nak lepak..Akhirnya jumpa satu Cyber Cafe..Dan entri nie aku tulis kat CYBER CAFE..huhuhuhuhu..

Tadi masa lunch, seronok dapat tengok adik-adik Uitm serbu kafe..Gerenti kaw-kaw punya lapar..Al maklum la kan,penat study..Tetiba teringat zaman aku jadi student dulu-dulu..Cam tue jugak le aku pon..Kan seronok kalau dapat jadi student balik..Hmmm...


~from taiping with love~

...1st time aku jumpa kenduri kahwin macam nie...

9
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Semalam aku bawak mak mertua aku dan wife ke satu kenduri kahwin..Actually aku tak kenal pun tuan rumah kenduri kahwin nie..Pergi pun sebab mak mertua aku dah dijemput..Tapi kan, ada sedikit pelik dah 1st time aku jumpa kenduri kahwin macam nie..Tak tau la kan kot-kot kat tempat korang pernah@biasa jadi macam nie..Tapi sepanjang aku pegi kenduri kahwin la,tak pernah lagi aku jumpa kenduri kahwin sytle macam nie..

Kenduri kahwin nie start pukul 2 petang..Nie tak berapa pelik lagi..Masa aku sampai rumah kenduri tue,suasana dia tak pelik..Sama je macam kenduri kahwin yang lain..Aku pergi dengan harapan dapat la makan nasi minyak dengan lauk yang sedap-sedap..Perut pon dah lapar giler..Maklum la, time aku sampai tue dah pukul 3.15 petang..Lepas salam dan hulur sampul kat tuan rumah, aku pegi la kat meja hidangan..Terkejut beruk aku..Tau tak pasal ape? Hidangan lauk-pauk yang aku bayangkan+idamkan takde atas meja hidangan..Yang ada roti jala, pasembor, koteaw goreng dan kuih-muih..Air pulak ada cendol dengan air limau ais..Isk, biar betul nie? Nie kenduri kahwin ke kenduri doa selamat?..Tapi, masa aku masuk tadi,ada aku nampak pasangan pengantin tgh sedap makan kat meja makan beradab..Memang confirm nie kenduri kahwin..Tapi kenapa hidangan untuk tetamu bukan macam kebiasaan? Dah macam hidangan minum petang plak dah..

Mengenangkan perut aku memang dah lapar giler,aku sebat je apa yang ada..Walaupun hidangan tue semua sedap-sedap belaka, tapi aku makan dalam keadaan confius..Tak pernah-pernah lagi la aku jumpa kenduri kahwin macam nie..Patut la tuan rumah panggil jemputan datang start pukul 2 petang..Rupa-rupanya tuan rumah buat jamuan makan ala minum petang..Isk, jimat giler kenduri kahwin macam nie..Bukan niat nak mengutuk ke ape kan, tapi tuan rumah kenduri kahwin nie bagi aku bukan orang susah..Rumah banglo setingkat beb..Kalau dah rumah banglo tue,korang faham-faham aje lah ye macam mana status kewangan tuan rumah tue kan..Walau ape pun, aku tetap bersyukur jugak sebab dapat makan..Walaupun bukan seperti yang aku bayangkan..TQ tuan rumah sebab sudi jemput datang kenduri..

p/s: pernah jadi tak kat tempat korang kenduri kahwin macam nie?


~from taiping with love~

...hari nie hari sedih aku...

2
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

      Hari nie hari sedih aku..Doktor dah pun mengesahkannya pagi tadi..Aku sangkakan aku akan dengar sesuatu yang positif dari mulut doktor..Tapi, apa yang terpacul keluar dari mulut doktor pagi tadi benar-benar menyentap aku..Aku terkaku keras di atas kerusi di hadapan doktor..Doktor hanya mampu memandang kelakuan aku ketika itu..Tiada apa yang mampu doktor cakapkan kat aku selain dari nasihat,panduan dan kata-kata perangsang..

      Pada ketika itu,dunia aku rasa macam dah kosong..Aku langsung dah tak dengar suara doktor berkata-kata kat aku..Entah lah,aku dah tak peduli apa-apa..Yang aku tahu,kini semua dah berubah..Aku dah tak macam dulu..Kenapa jadi macam nie???...

      Aku melangkah longlai keluar dari bilik doktor..Walaupun masa tue ramai patient sedang menanti untuk jumpa doktor,tapi aku tak dapat rasakan kewujudan mereka..Seolah-olah masa tue,hanya aku sorang aje yang tinggal atas dunia nie..Sunyi sepi..Otak aku masih berputar ligat memikirkan kata-kata doktor tadi..

     "Ah,doktor tue penipu!!!!" batinku menjerit.

      Tapi,takkan la doktor tue menipu??..Kerja doktor merawat orang sakit,bukannya menipu..Orang yang aku jumpa tadi adalah doktor pakar yang berkelulusan dari UKM, bukannya agen gores dan menang..

      Aku hanya mampu tersandar di dinding klinik..Pasrah..Kini aku pasrah..Mungkin ini dugaan untuk aku di dunia ini..Pandangan dan fikiran aku masih lagi kosong sehinggalah nama aku dipanggil oleh petugas kaunter,

     "En.Faizal, datang ke kaunter ubat sekarang."

     Aku hanya mampu melangkah longlai ketika nama aku dipanggil..Tak guna nak kelam-kabut,bukannya nama aku dipanggil sebagai pemenang utama Peraduan Saga Snap and Win pun, tapi nama aku dipanggil untuk ambik ubat..Sampai di kaunter, aku hanya mampu mengangguk lesu di kala petugas kaunter menyatakan aturan pengambilan ubat yang patut aku patuhi..

     Segenggam plastik berisi ubat-ubatan kini kemas dalam genggaman aku..Aku berlalu meninggalkan klinik dengan sayu..

     Tiba di rumah, mak mertua aku bertanya tentang perkembangan aku.

     " Faizal, apa doktor cakap tadi? "

     Tanpa berkata sepatah pun, aku hanya menghulurkan bungkusan ubat yang aku dapat dari klinik tadi..Mak mertua aku menyambut bungkusan itu..

     "Hah, mak dah agak dah..Ni mesti kena GASTRIK." kata mak mertuaku..

     " Tu lah, lain kali tahan lapar lagi."




p/s: ada bakat tak aku tulis novel? hehehehehe


~from taiping with love~

...aku rugi...

1
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

RUGI RUGI RUGI...Cait..Bikin hati panas je..Macam mana la Jerman leh kalah ngan Spain nie..Hari tue bukan main gagah perkasa sangat belasah England ngan Argentina..Jumpa Spain terus lembik lutut..Yang pasti, aku rugi masa TIDO aku..Game pagi tadi punya pasal, aku dapat tido 3 jam je..So, pagi nie datang ofis mata rabak..Malas nak ulas pasal game pagi tadi..Rasenye semua dah tau kan apa yang jadi, sapa yg sumbat gol kan..Aku cuma nak tekankan kat sini, aku RUGI..
TQ..

~from taiping with love~

...misi aku...

0
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Sejak pindah ke Penang nie, aku dah semakin kekurangan masa la nak bermanja-manja dengan blog merah aku nie..Sekarang nie aku dah tak seaktif masa kat Johor dulu update blog..Aku sekarang nie ada misi yang lebih penting dari update blog tau..Walaupun misi nie penting, tapi aku tak pernah lupakan blog merah nie..Just abaikan sekejap je..Jangan marah ya wahai blog merah..

Misi yang aku maksudkan tue adalah misi sesuaikan diri dengan tempat baru aku sekarang nie..Banyak benda yang aku kena sesuaikan..Dari segi pergaulan,suasana temat kerja,perbelanjaan,setting masa dan macam-macam lagi la..Klu ade antara korang yang pernah alami situasi berpindah nie,mesti tau kan ape yang aku tengah alami sekarang..Disebabkan faktor-faktor nie lah, kini aku terpaksa menganaktirikan blog merah aku..Lagipun,sejak pindah Penang nie, otak aku tak berapa ada idea la nak tulis entri..Padahal banyak benda-benda baru yang aku jumpa kat Penang nie..Tapi semua tue dok je dalam otak aku nie..Nak bawak keluarkan,dia tak mau keluar pulak dah..Tue yang jadi blog aku nie kesunyiaan dari entri-entri baru..Tapi, Insyallah, keadaan nie tak kan berlarutan..Aku akan come out dengan entri-entri yang lebih fresh,hot dan berinformasi nanti ye..Bagi la aku masa nak sesuaikan diri kat Penang nie..Dalam otak nie dok penuh lagi dengan peta Johor..Tengah berusaha gigih nie nak sumbat peta Penang plak dalam otak..


~from taiping with love~

...Argentina kalah, aku kecewa...

0
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Entri khas sempena kekalahan memalukan ARGENTINA kepada Jerman..

Cait...

Punya la berkobar-kobar tadi aku dan 3 orang kawan aku pusing-pusing satu Pekan Kamunting cari port nak tengok Argentina ganyang Jerman..Semua kedai yang ade 'big screen', semua meja penuh..Last-last lepak kat Restoran D'Orange, restoran kawan aku masa sekolah dulu..Time sampai kt situ, tengok-tengok Argentina dah kena 1-0..Cait..Minit ke-3 dah bolos..Apa nie..!!! Adakah ini tanda-tanda kekalahan?..Tapi, aku tetap berfikiran positif..Relax la, banyak masa lagi..Gerenti Argentina leh score punya la..Tengok, betapa positifnya pemikiran aku masa tue.. Sambil layan nescafe ais ngan roti tampal telur goyang, aku mengharapkan Argentina boleh kasi sumbat 1 gol..Tunggu punya tunggu, roti tampal telur goyang pun dah selamat bermaustautin dalam perut aku, Argentina tak score-score jugak..Apa sudah jadi??...First half, masih 1-0..Takpe-takpe, ada lagi 45 minit lagi..Second half gerenti Argentina score punya la..Tengok, skali lagi aku mempositifkan minda aku..

Attack punya attack, akhirnya GOOOOOLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!...Cilakak, Jerman pulak yang dapat gol..Orang lain attack, orang lain dapat gol..Ion-ion positif dalam minda aku dah mula berkurangan seiring dengan gol kedua Jerman..Ion-ion negatif mula melancarkan serangan dalam minda aku..Petanda buruk semakin jelas..Aku masih mempertahankan teori bahawa Argentina masih boleh ligan lagi walaupun dah kena 2-0..Come on Messi, Tevez, Higuin, SERANGGGGGGG!!!!

Dan, sekali lagi kedengaran jeritan GOOOOOLLLLLLL!!!!!.......Jerman score sebijik lagi..3-0...Aku and da geng start tepuk dahi sambil nyanyi lagu Tan Sri S.M Salim, 'Apa dah jadi'..Ion-ion negatif semakin membesarkan jajahan dalam minda aku..Aku mula memandang tv dengan pandangan yang kosong..Harapan makin tipis..Tapi masih lagi ada sisa-sisa harapan..At least, biarla dapat gol saguhati pon jadi la kan..Tiba-tiba, Jerman bantai score sebijik lagi..4-0...Kali nie, sisa pon dah tarak..

Akhirnya, keputusan muktamad perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010, Argentina diganyang oleh Jerman 4-0..Amik kau, Maradona..Aku kecewa,kecewa dan kecewa..Bukan sebab Argentina kalah 4-0, tapi kecewa sebab tak dapat nak tengok Maradona bogel..Cait!!!!


~from taiping with love~

...mewarna batik...

1
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Tengahari tadi, aku pegi ke Taiping Sentral dengan wife aku sebab nak layan citer Zoo, lakonan Mazlan Pet-Pet kat Big Cinemas..Ok jugak la citer dia..Kire tak le rugi duit beli tiket..Lepas tengok wayang, kami ronda-ronda kat gorund floor Taiping Sentral tue.Ada pameran kraftangan kat situ..Macam-macam la barang kraftangan yang dipamerkan kat situ..Jalan punya jalan, kami berhenti kat satu booth lukisan batik..Kat situ orang ramai leh try belajar cara mewarna batik dari sorang pakcik dari Terengganu..Aku ngan wife pon try la..Best aRr,1st time wat benda nie..Teruja sungguh..Disebabkan tahap keterujaan aku amat tinggi, aku pon beli la 1 set corak batik siap dengan warna..RM15 je untuk 2 corak bunga batik dan 4 botol warna..Murah kan..

 ~ nie la dia corak batik yang masih belum diwarnakan~

Balik je ke rumah,dengan rakusnya aku suruh wife aku tolong bancuhkan warna..Aku dah tak sabar-sabar nak try warnakan bunga batik yang aku beli tadi..Dan selepas 30 minit beraksi, inilah dia hasilnya..Taraaaaa..

~ yang dah siap diwarnakan~

Amacam, cantik tak? Kalau tak cantik, tolong jangan kutuk ok..Aku bukan pro..Tapi ok sket dari budak sekolah k..Hahahahaahaha..


~from taiping with love~

...rEpoRt kEsIh@t@n...