...r@k@n nI@g@ t@ukE BloG...

@nd@ @d@L@h pEngUnJuNg yG kE:


...Taiping, destinasi Cuti-cuti 1 Malaysia...

1
ASSALAMUALAIKUM






Taiping....Pernah dengar tak nama tempat nie? Kalau pernah dengar,pernah datang tak tempat nie?Kalau tak pernah,aku nak war-warkan kat korang pasal tempat yang bernama 'TAIPING' nie,ok...

Sebab ape aku beria-beria sangat nak cerita pasal Taiping nie?..Mudah je sebabnya..Aku nie anak jati Taiping,so aku rasa ada kewajarannya di situ untuk aku promosikan Taiping sebagai antara destinasi perlancongan 1 Malaysia..Tambah-tambah pulak sekarang nie musim cuti sekolah pulak kan..
Sebelum aku bawak korang semua ronda-ronda Taiping secara maya nie,meh aku nak singkapkan sikit la pasal sejarah Bandar Taiping nie..


Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil. Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang Melayu telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak.

Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang bernama Larut, berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah itu dinamakan Larut. Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam bahasa Hakka. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British. 1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875. 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.


Tue lah serba sedikit sejarah tentang Bandar Taiping yang boleh aku kongsikan dengan korang..Sejarah dah tau kan,next entri aku akan tunjukkan ape benda yang menariknya Bandar Taiping nie..Nantikan ye..

~from taiping with love~

...aksi Malaysia dalam Piala AFF Suzuki 2010...

1
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

(0) Malaysia vs Thailand (0)


Itulah dia result perlawanan antara pasukan bolasepak Malaysia menentang Thailand yang ditayangkan secara 'live' pukul 6 petang tadi kat TV 1...Game nie merupakan perlawanan kedua buat pasukan negara kita dalam Piala AFF Suzuki 2010 selepas pasukan negara kita diganyang oleh Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama tempoh hari...

Aku berkesempatan tengok game nie kat rumah petang tadi..Wife dan anak aku pon join sekaki tengok walaupun diaorang tak tau ape-ape pasal bolasepak..Hentam sajalah labu...

Aku nak review sket la kan pasal game petang tadi..Pada aku,game pasukan negara kita level 'biasa-biasa' saja kot..Bukan nak kondem atau mengutuk,tapi tue lah hakikat tentang prestasi team negara kita..Aku sebagai antara peminat bolasepak tempatan still rasa tak puas hati tengok corak permainan team negara kita..Nak mengharapkan team kita main ala-ala Barcelona masa belasah Real Madrid hari tue,rasanya mustahil kot..Tapi,at least try la main macam Thailand main petang tadi..Banyak control ball..Tak takut nak pegang bola..Baru la syok sket tengok kan..

Pemain team kita aku tengok macam takut giler nak control bola lama-lama..Dapat je bola,dah kelam kelibut nak passing..Relax la bro!! Bola tue bukan nak makan kaki korang pon..Ade ke penah dengar bola gigit kaki player??? Takde kan..So,ape nak ditakutkan sangat nak control ball lelama sket..Player team Malaysia yang bagi aku tak takut kakinya digigit oleh bola rasenya Norshahrul Idlan Talaha je..Dia nie sorang je aku tengok berani jadikan bola tue barang mainan dia..Tak takut nak control bola,siap leh gentel-gentel lagi bola tue..Hah,nie la baru orang panggil pemain bola sepak...

Dalam game tadi,aku paling kesian kat encik keeper team kite..Setengah nak mati aku tengok dia kena rembat..Defend bleh wat relax je biorkan player-player Thailand shoot bola tue laju-laju..Nasib baik la kaki player Thai tue tak bedung masa kecik-kecik dulu,kalau tak mau tak kurang 5-6 gol leh masuk woo tadi..Terima kasih kepada ibu-ibu player Thailand kerana tidak membedung kaki anak anda masa kecik..Tindakan anda itu telah menyelamatkan team Malaysia dari kalah besau hari ini..

Walaupun entri aku nie berunsur mengondem dan mengutuk team bolasepak negara kita,tapi aku nak bagitau kat Mr.Rajagopal, dont worry bebeh,lubang idungmu tetap menjadi pojaan hatiku...Silap silap...Aku akan tetap menyokong pasukan bolasepak negara kita tak kire kalah ke,menang ke,kena belasah ke dan yang sewaktu dengannya..MALAYSIA BOLEH!!!



~from taiping with love~

...keputusan Undian Blog Pilihan Malaysia 2010...

0
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Baru kejap tadi aku review final result untuk Undian Blog Pilihan Malaysia 2010..Dan ini adalah pemenang-pemenangnya..


Blog Lawak Pilihan - TUBELAWAK.BLOGSPOT

Blog Tutorial Pilihan - Mari bina blog

Blog Blog Personal Isteri Pilihan - Cik Nadia Bayu

Blog Personal Wanita Pilihan - Irine Nadia Marcello

Blog Personal Suami Pilihan - Ben Ashaari

Blog Personal Lelaki Pilihan - Aizul | Marcello


Tabik spring untuk semua pemenang nie..Diaorang sememangnya layak untuk menang dalam kategori masing-masing..Tahniah-tahniah!!!!




~from taiping with love~

...rEpoRt kEsIh@t@n...

Daisypath Anniversary tickers