...r@k@n nI@g@ t@ukE BloG...

@nd@ @d@L@h pEngUnJuNg yG kE:


...asal sedap je, mesti bahaya...

5
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Asal sedap jer,mesti bahaya..Asal bahaya je, benda tue mesti sedap..Korang baca tak suratkhabar Kosmo hari nie? Pasal minuman 3 in 1 yang macam nescafe, tongkat ali, kacip fatimah dan seangkatan dengannya..Sekarang nie,kalau la korang adalah peminum tegar minuman 3 in 1 nie,baik korang cuba ubah status peminum tegar korang tue kepada peminum tak tegar sangat..

Menurut pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslee Rajikan, minuman 3 in 1 nie kalau diambil secara melampau boleh menyebabkan diri korang terdedah kepada risiko masalah kesihatan. Kat sini ada sedikit info tentang kandungan minuman 3 in 1 nie..

-Mengandungi lebih 3 sudu teh gula dalam setiap pek

-Gula yang berlebihan nie digunakan untuk menghilangkan rasa pahit dalam minuman.

-Krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu dari minyak kelapa sawit yang boleh sebabkan saluran arteri darah tersumbat yang boleh akibatkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

-Turut mengandungi kafein yang boleh sebabkan rasa berdebar dan menyukarkan tidur pada waktu malam.

-Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori di mana jumlah kalori nie adalah sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.

-Kandungan tingkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana harganya yang mahal.

Sebenarnya, kita bukannya tak boleh langsung nak minum minuman 3 in 1 nie..Boleh diminum, tapi jangan la asal nak minum aje, minuman 3 in 1 nie jadi pilihan..Kalau setakat ambik 1 paket sehari tak jadi masalah..Kalau sehari sampai 7-8 paket korang hentam minum, tue yang jadi masalah..So, dengan sedikit info kat atas nie, kepada sesapa peminum tegar minuman 3 in 1, leh la cuba kurang-kurangkan ketegaran korang tue ye..Aku takpe,aku tak berapa berkenan sangat minum 3 in 1 nie..

p/s: air minuman yang wife aku bancuh la paling sedap..huhuhuhhu..


~from taiping with love~

5 comments:

Ansof86 said...

terima kasih atas info yang diberi..

Saya telah menerima kehangatan minum 3 in 1 ini kepada kesihatan saya malam tadi.. ha.ha..

ANDAIANNYA said...

PATUTLA...Masa buat promasi barangan Agromas FAMA kami ad jual kopi Aggeri 3 in 1...
Xlaku n diaorang cakap bahaya.....emmmm

Unknown said...

migrain la kalo minum nescafe

syakirazali said...

milo 3 in1 sm gak ke?

5zal said...

ms.Ann: dah terima kehangatan?apa dah jadi?

miss normala: maknanya sebelum ni pon ramai la ek dah tau bahaya dia kan

alinac: jgn le minum bebanyak nescafe tue

kirah: sama la jugak kot..minuman 3 in 1 jugak kan

Post a Comment

...rEpoRt kEsIh@t@n...

Daisypath Anniversary tickers