...r@k@n nI@g@ t@ukE BloG...

@nd@ @d@L@h pEngUnJuNg yG kE:


...pesanan untuk abang driver bas ekspress...

1
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Aku nak ucapkan takziah untuk keluarga kesemua mangsa-mangsa yang terkorban dalam kemalangan ngeri bas Delima Ekspress pada 10 Oktober 2010 yang lepas..

Seriously, kemalangan tue memang ngeri..Aku tak boleh imagine macam mana la bas tue boleh melambung pergi ke laluan sebelah..Isk, macam mana la gamaknya perasaan penumpang-penumpang dalam bas tue kan..

Tadi aku ada baca dalam akhbar Utusan, salah seorang penumpang bas tue ada ceritakan situasi masa kemalangan tue..Dia kata rasa macam kacang yang digoncang dalam botol..Hah, cuba bayangkan sekarang macam mana keadaan kacang digoncang dalam botol..Ngeri ngeri..

Asal bas ekpress eksiden je, aku mula la tak senang duduk..Al-maklum la, aku nie antara pengguna perkhidmatan bas ekspress tegar tau..Macam bulan nie,tiap-tiap minggu aku kena pergi ke Johor Bahru sebab kerja..Nak drive, tak cukup modal..So, bas ekpress la pilihan hatiku..Tapi, bila dah jadi macam nie, aku sebagai pengguna tegar memang cuak,takut dan macam-macam lagi la..Aku tak mampu nak bayangkan kalau kejadian macam tue jadi masa aku yang tengah sedap tido dalam bas..Mintak simpang malaikat 44 la..

Tapi, terus terang aku cakap, kekadang driver bas ekpress nie memang bawak bas laju gila-gila..Tambah-tambah kalau tengah malam..Aku sendiri dah rasai macam mana penangan driver-diver kamikaze nie..Tak senang aku nak tido tau tak..Tido pon sekadar tido-tido ayam je..Aku kalau setiap kali naik bas nak pegi JB, memang aku tawakal aje la..Dalam hati memang berdoa kaw-kaw supaya perjalanan aku selamat..Bila dalam bas tue, nak terkencing ke nak terberak ke dah tak penting bagi aku..Yang penting aku selamat sampai..Tue je..

Kat sini, aku nak mintak TOLONG kat semua dirver-driver bas kat luar sana tue, terutama abang driver bas Konsortium (trip ke JB dari Kamunting) :

1) TOLONG, TOLONG DAN TOLONG LA memandu dengan berhati-hati dan berhemah..

2) TOLONG la jangan bawak bas tue umpama anda memandu kereta F1..

3) TOLONG la ingat bahawa anda bukan nek bas sorang-sorang, tapi anda bawak banyak nyawa di belakang anda..

4) TOLONG jangan libatkan insan-insan yang bergelar penumpang menjadi KORBAN di atas kelalaian dan kecuaian anda..

5) TOLONG la berhenti atau tukar pemandu kalau anda ngantok..


Tapi, kalau dah suratan takdir dah tertulis untuk macam tue, apakan daya..

Yang penting, PANDU CERMAT JIWA SELAMAT..



~from taiping with love~

1 comments:

Unknown said...

sedih ngan kemalangan yang berlaku,kena plak tarikh 101010

Post a Comment

...rEpoRt kEsIh@t@n...

Daisypath Anniversary tickers