Assalamualaikum W.B.T
Dah sekian lama tak menulis entri, dan bila tetiba je gatal tangan nak tulis balik, rase len macam le plak.. Rase macam buat benda yang aneh je..Hahahahaha.. Tue la, orang nak ada blog, aku pun gatai
Tapi kan........
Aku sebenarnya dalam sehari dua nie macam hidup dalam ketakutan, kerisauan yang agak melampau.. Bukan pasai aku ada wat benda jahat atau nampak pocong dok guling-guling ke hape.. Tapi aku dikejutkan dengan kisah ofismate merangkap housemate aku yang baru kena serangan jantung @ 'heart attack' bak kata omputih.. Ofismate aku nie baru umuq 29 tahun.. Muda kan.. Tapi dah kena serangan jantung kali pertama.. Terkejut beruk aku dengaq berita nie sebab tak sangka langsung dia leh kena 'heart attack'... Ofismate aku nie aktif jugak bersukan walaupun agak chubby...Tiap-tiap minggu main futsal ngan aku tue...
Tadi aku sempat pi melawat dia kat hospital.. Nie first time woo aku pi melawat orang sakit jantung.. Ngeri jugak la tengok sebab tengok banyak wayar yang dok berselirat kat badan ofismate aku tue.. Punca ofismate aku nie kena serangan jantung sebab saluran darah kat jantung dia tersumbat dengan darah beku.. Tapi Alhamdulillah, darah beku tue dh berjaya dibuang.. Tapi condition ofismate aku nie masik weak lagi la.. Dada rasa berat lagi katanya... Doktor ada cakap punca leh kena serangan jantung nie ada 3, iaitu :
1) Faktor keturunan
2) Rokok
3) Pemakanan
Bila tengok apa yang dah jadi kat ofismate aku nie, tetiba aku muhasabah diri kejap.. Aku terfikir cukup sihat ke aku nie??? Jantung aku ok ker??? Paru-paru aku ok ker??? Buah pinggang, hati dan organ-organ penting aku sihat walafiat ke????? Aku sendiri tak tau woo.. Isk, nie yang wat aku nebes nie... Dok pikiaq benda yang aku tak tau... Terus tetiba ase nak pegi Path Lab untuk wat check-up... Seyes weih, aku risau gila nie dengan tahap kesihatan aku.. Luaran nampak macam tiptop, walaupun perut ke hadapan sket... Tapi yang dok dalam badan nie tak tau apa ceritanya...
Korang pulak macam mana???? Dah confirmkan ke tahap kesihatan korang????
* Mood : tengah risau + neves + insaf
~from taiping with love~
0 comments:
Post a Comment