...r@k@n nI@g@ t@ukE BloG...

@nd@ @d@L@h pEngUnJuNg yG kE:


...Taiping, destinasi Cuti-cuti 1 Malaysia...

1
ASSALAMUALAIKUM






Taiping....Pernah dengar tak nama tempat nie? Kalau pernah dengar,pernah datang tak tempat nie?Kalau tak pernah,aku nak war-warkan kat korang pasal tempat yang bernama 'TAIPING' nie,ok...

Sebab ape aku beria-beria sangat nak cerita pasal Taiping nie?..Mudah je sebabnya..Aku nie anak jati Taiping,so aku rasa ada kewajarannya di situ untuk aku promosikan Taiping sebagai antara destinasi perlancongan 1 Malaysia..Tambah-tambah pulak sekarang nie musim cuti sekolah pulak kan..
Sebelum aku bawak korang semua ronda-ronda Taiping secara maya nie,meh aku nak singkapkan sikit la pasal sejarah Bandar Taiping nie..


Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil. Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang Melayu telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak.

Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang bernama Larut, berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah itu dinamakan Larut. Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam bahasa Hakka. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British. 1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875. 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.


Tue lah serba sedikit sejarah tentang Bandar Taiping yang boleh aku kongsikan dengan korang..Sejarah dah tau kan,next entri aku akan tunjukkan ape benda yang menariknya Bandar Taiping nie..Nantikan ye..

~from taiping with love~

...aksi Malaysia dalam Piala AFF Suzuki 2010...

1
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

(0) Malaysia vs Thailand (0)


Itulah dia result perlawanan antara pasukan bolasepak Malaysia menentang Thailand yang ditayangkan secara 'live' pukul 6 petang tadi kat TV 1...Game nie merupakan perlawanan kedua buat pasukan negara kita dalam Piala AFF Suzuki 2010 selepas pasukan negara kita diganyang oleh Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama tempoh hari...

Aku berkesempatan tengok game nie kat rumah petang tadi..Wife dan anak aku pon join sekaki tengok walaupun diaorang tak tau ape-ape pasal bolasepak..Hentam sajalah labu...

Aku nak review sket la kan pasal game petang tadi..Pada aku,game pasukan negara kita level 'biasa-biasa' saja kot..Bukan nak kondem atau mengutuk,tapi tue lah hakikat tentang prestasi team negara kita..Aku sebagai antara peminat bolasepak tempatan still rasa tak puas hati tengok corak permainan team negara kita..Nak mengharapkan team kita main ala-ala Barcelona masa belasah Real Madrid hari tue,rasanya mustahil kot..Tapi,at least try la main macam Thailand main petang tadi..Banyak control ball..Tak takut nak pegang bola..Baru la syok sket tengok kan..

Pemain team kita aku tengok macam takut giler nak control bola lama-lama..Dapat je bola,dah kelam kelibut nak passing..Relax la bro!! Bola tue bukan nak makan kaki korang pon..Ade ke penah dengar bola gigit kaki player??? Takde kan..So,ape nak ditakutkan sangat nak control ball lelama sket..Player team Malaysia yang bagi aku tak takut kakinya digigit oleh bola rasenya Norshahrul Idlan Talaha je..Dia nie sorang je aku tengok berani jadikan bola tue barang mainan dia..Tak takut nak control bola,siap leh gentel-gentel lagi bola tue..Hah,nie la baru orang panggil pemain bola sepak...

Dalam game tadi,aku paling kesian kat encik keeper team kite..Setengah nak mati aku tengok dia kena rembat..Defend bleh wat relax je biorkan player-player Thailand shoot bola tue laju-laju..Nasib baik la kaki player Thai tue tak bedung masa kecik-kecik dulu,kalau tak mau tak kurang 5-6 gol leh masuk woo tadi..Terima kasih kepada ibu-ibu player Thailand kerana tidak membedung kaki anak anda masa kecik..Tindakan anda itu telah menyelamatkan team Malaysia dari kalah besau hari ini..

Walaupun entri aku nie berunsur mengondem dan mengutuk team bolasepak negara kita,tapi aku nak bagitau kat Mr.Rajagopal, dont worry bebeh,lubang idungmu tetap menjadi pojaan hatiku...Silap silap...Aku akan tetap menyokong pasukan bolasepak negara kita tak kire kalah ke,menang ke,kena belasah ke dan yang sewaktu dengannya..MALAYSIA BOLEH!!!



~from taiping with love~

...keputusan Undian Blog Pilihan Malaysia 2010...

0
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Baru kejap tadi aku review final result untuk Undian Blog Pilihan Malaysia 2010..Dan ini adalah pemenang-pemenangnya..


Blog Lawak Pilihan - TUBELAWAK.BLOGSPOT

Blog Tutorial Pilihan - Mari bina blog

Blog Blog Personal Isteri Pilihan - Cik Nadia Bayu

Blog Personal Wanita Pilihan - Irine Nadia Marcello

Blog Personal Suami Pilihan - Ben Ashaari

Blog Personal Lelaki Pilihan - Aizul | Marcello


Tabik spring untuk semua pemenang nie..Diaorang sememangnya layak untuk menang dalam kategori masing-masing..Tahniah-tahniah!!!!




~from taiping with love~

...22 hari sudah...

2
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Dah 22 hari aku dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran 'P.A.P.A'...Sangat-sangat tak sangka yang sekarang nie aku dah ada anak..Macam tak caya bila tengok surat beranak Amani tertulis Nur Arissa Amani binti MOHD FAIZAL <--------------nama aku nih...

Apa pun,Alhamdulillah di atas kurniaan terbesar dalam hidup aku...Sekarang nie dah ada perubahan dalam hidup aku dan wife..Sebelum Amani lahir,kalau aku call wife aku,tak sempat berdering 3 kali,gerenti wife aku dah angkat fon punya lah..Sepantas kilat beb..Biasa la,hp ade kat tangan la katakan..Tapi sekarang, 2-3 kali redial baru berangkat fon..Takpe-takpe,aku faham sekarang nie wife aku sibuk dengan Amani anak papa..

Kalau dulu,aku cukup tak berani nak pegang new born baby..Bukan ape,takut terkulai leher baby tue..Lembut lagi la katakan..Tapi sekarang tidak lagi!!! 2-3 minggu sebelum Amani lahir,aku giat menjalani latihan dukung baby..Terima kasih kepada akak aku sebab bagi aku gunakan baby Aliya untuk latihan..Untuk makluman korang,akak aku pon baru je lahirkan sorang baby gurl yang comel..Nama dia Nur Aliya @ baby Aliya,lahir pada 12/10/2010..

Sekarang nie,aku bukan je dah teror dukung baby,siap teror mandikan baby lagi,ok...Terima kasih kepada abah dan abang ipar aku di atas latihan teori dan amali yang diberi...Aku suka mandikan Amani sebab dia suka dengan air..Tak nangi-nangis..Nasib baik Amani suka air,kalau tak mau haru biru jadinye nak mandikan..

Apapun,terima kasih kat mak dan abah,akak-akak dan abang ipar aku dan mak dan ayah mertua aku sebab banyak bagi bimbingan dan panduan dalam menguruskan Amani..Aku kan budak baru belajar nak jadi PAPA,so memang banyak benda yang aku tak tau..

p/s: tak sabo-sabo nie nak balik weekend nie..nak dukung Amani...


~from taiping with love~

...home sweet home...

9
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Seronok kan bila rumah kita sentiasa dalam keadaan bersih,tenang dan sedap mata memandang..Kena pulak dengan tema yang menarik..Peh,memang sehari tak keluar rumah pon takpe..

Aku nak share sikit dengan korang suasana dalam rumah aku..Aku dan wife sangat berminat untuk deco rumah tema ala inggeris..Vantage gitu..So,sejak dari bulan Jun,aku dan wife dah start deco rumah ikut tema inggeris nie..Sebelum nie tema rumah aku krim+coklat..

Kenapa pilih tema vantage@ala-inggeris nie??? Mudah je reason aku..Aku memang berkenan giler dengan deco ala-inggeris nie..Tak tau la kenapa..Lagipon,aku memang suka warna putih..

Tapi,nak deco rumah ikut tema nie ada cabaran tersendiri..Tambah-tambah lagi kat tempat aku,Taiping..Sangat susah nak dapatkan perabot dan perhiasan ala-inggeris nie..Tapi,bila dah dapat perabot@perhiasan yang kita nak tue,memang sangat puas hati..

Actually sekarang nie aku masih tengah decorate ruang tamu aku..Sekarang terpaksa stop sekejap,pasal wife aku baru bersalin..

Ok,jom aku nak share sikit gambar-gambar yang sempat aku snap..

~nie tema rumah aku sebelum nie, Krim + Coklat~


~ruang tamu yang telah diberi sentuhan ala-inggeris~


~hiasan dinding~


~tema ala-inggeris,mestila kena ade bunga ros sepasu~


~kabinet tv kaler putih (yang cantik) nie punya la susah nak cari kat Taiping~
~Yang tak cantik belambak le~
~TV je yang buat aku sakit mata tengok..Nak kena tukar pakai LCD nie~





~from taiping with love~

...dah 10 hari dah...

2
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Hari nie genap 10 hari usia puteriku tersayang, NUR ARISSA AMANI...Still kena lagi penyakit demam kuning..Last skali check ( semalam ) demam kuning tue reading dia 10.9..Esok kena bawak pegi check up lagi..Hopefully drop le reading tue..

Semalam puan misi a.k.a nurse datang rumah aku untuk timbang Amani..Dah 3kg berat Amani..Agak terkejut beruk jugak le puan misi tue..Sebab Amani lahir berat just 2.31 kg..Baru 9 hari dah meningkat ke 3kg..Puan misi cakap mungkin hospital salah timbang berat Amani masa lahir hari tue..Entah le..Yang penting, Amani aku sihat dan makin membesar..

Semalam aku dah start kerja pon..Kire malam tadi aku tido sorang-sorang le..Al-maklum le,aku nie dok bujang kt Butterworth..Dah 2 minggu tido kat rumah sendiri,ase tak boleh plak tido malam tadi..Teringat kat Amani pon ada..Camni rupenya perasaan jadi seorang daddy ek..

Tepat pukul 5 petang tadi,laju je aku pegi punch card..Dah tak sabo-sabo nak shoot balik Taiping,nak tengok Amani dengan mama Amani..Rindu woo kat 2 orang tue..Balik rumah kejap packing baju 2-3 helai,start kereta,terus pecut balik Taiping (110 km/j je ye aku pecut)..Ngam-ngam sejam,aku dah sampai exit Kamunting Utara..Hohohohohhoo..Hati manyak suka maa..

Dalam hati dok nyanyi-nyanyi riang...

"Amani, papa dah balik!!!"


~from taiping with love~

...kalau korang pengurus pasukan Qatar, korang akan...

2
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Aku nak mintak pendapat korang pasal video perlawanan bolasepak Sukan Asia 2010 antara Qatar vs Uzbekistan kt bawah nie..Tengok dulu ok..26 saat je..



KALAU KORANG ADALAH PENGURUS PASUKAN BOLASEPAK QATAR, APA AKAN KORANG BUAT KAT MAMAT TERSEBUT?
(sape lagi,kalau bukan yg tak sepak bola bagi masuk tue le)

TOLONG TINGGALKAN KOMEN ANDA YE..



~from taiping with love~

...selamat hari raya qurban...

1

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Dengan ingatan tulus ikhlas, aku sekeluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua sahabat yang beragama Islam..

*Tue je entri aku..hehehehe



~from taiping with love~

...nur arissa amani, puteri hati papa dan mama...

3
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Yang Maha Esa di atas kurniaan yang teristimewa untuk aku dan isteri tercinta..

Tepat jam 2.35 pagi, 9 November 2010, puteri hatiku NUR ARISSA AMANI telah selamat dilahirkan...Alhamdulillah,segala penantian selama 9 bulan telah berakhir..

Terima kasih kepada keluarga dan sahabat-sahabat yang telah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan isteri dan puteriku...

Untuk tatapan semua, aku uploadkan beberapa keping gambar puteri cinta hatiku...


~from taiping with love~

...ailyl mystery giveaway...

2
ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Bersusah-payah aku mengaler doodle nie guna paint...Semata-mata nak join contest
Ailyl Mystery GiveAway

Sebab ape aku color doodle nie macam nie? Nak tau ek...

1) Rambut color coklat@koko - bukan sebab rambut Ailyl color tue,tapi aku nie teringin sesangat nak color rambut aku nie warna cekelat..Tapi tak boleh!!!! Damn..

2) Anak mata color grey - Aku tau anak mata Ailyl bukan warna grey..saje bubuh color tue sebab andaikata aku nie kena pakai contact lense, aku nak bli yang warna grey..Ngancam siot!!!

3) Bibir ade lipstik pink - Sebab doodle tue kan jantinanya gugurl...Kalau doodle nie boy,dah lama aku taruk kasi hitam dia punya lips...Ala-ala perokok tegar gitu...Hahahahahaha..Macho ape,tengok lips Adi Putra..

4) Singlet color grey - Aku rase dalam almari Ailyl ade kot single color grey nie..Rasenya ler..

5) Seluar track color merah lining kuning - Aku ade sebijik seluar color nie..Brand Adidas lagi tau..

6) Kasut color pink - Biasa la,kasut gugurl..Kena la kasi color pink...Aku teringin gak nak try pakai kasut color pink..Tapi tak sanggup nak kena kutuk..So,lupakan ajelah...

7) Kulit color putih - Sebab Ailyl punya kulit mcm tue..Kalau nak ikut kulit aku, jawabnye gelap gelita le doodle tue..

8) Tahi lalat bawah bibir - Saje je aku taruk nak kasi lagi cute...Cuba bayangkan kalau Ailyl ade tahi lalat kat situ...
*baru nak bayangkan, ase nak pitam dah!!!!Sorry

9) Background color hijau - Sebenarnya nak lukis mcm2 lagi kt belakang tue,tapi guna paint susah nak mampos melukis...Actually,aku memang minat color hijau cenggitu..

DONE!!!! Terima kasih...



~from taiping with love~

...join alinac shoppe giveaway...

3
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Aku nak jugak!!!! Tak nak ketinggalan...Benda free nie...Hehehehehehe...



Syarat pertama : DONE!!!! yessss

Syarat kedua :  DONE!!!!




Sebab apa aku nak membership nie???? Nie dia sebab musababnya..

Membership Alinacshoppe Rm10 seumur hidup.
*yes,dah jimat spoloh ragok*

Kelebihan membership-
  • - Harga Produk / Promosi lebih murah daripada harga bukan ahli.
  • -Jumlah pembelian terkumpul sebanyak RM300 keatas akan mendapat *point RM20
  • -Setiap pembelian sebanyak rm100 akan diberi rebate sebanyak RM10

*Semua syarat dah dipenuhi...


~from taiping with love~

...3 kerja dalam 1 masa...

7
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah, 2 hari lepas, ayahanda tercinta selamat menjalani pembedahan mata..Buang catarak(selaput) dan install kanta dalam mata..

Semalam pulak, wife tersayang kena tahap kat wad bersalin..Doktor cakap dah terbukak 1cm..Tapi,takde pun turun ape2 tanda nak beranak..Takpe lah,ikut aje cakap doktor..Dia kan lebih arif dalam bab beranak nie..

Minggu nie minggu yang paling sibuk...Kena uruskan 3 orang dalam 1 masa..1st,of course la kena take care ayahanda tercinta..Kena make sure ubat mata dititik 2jam sekali..Nasib baik dah penah ade pengalaman dalam bab penjagaan orang yg baru lepas operate mata nie..

2nd,take care wife tercinta..Yang bila-bila masa je boleh delivered..Fuh,neves giler nie..Cam nie agaknya perasaan orang yang 1st time nak dapat baby kan..Nah,sekarang aku plak yang rasa..Pengalaman pengalaman..

Orang ketiga yang dalam perhatian aku adalah kakak tersayang..Dia sekarang nie dalam tempoh berpantang lepas selamat bersalin baby gurl 12/10/2010...Aku take over tugas abang ipar aku yang sekarang nie tgh berkursus kat KL 6 bulan..

Harap semuanya akan berjalan dengan lancar..Semoga abah tersayang cepat sembuh,wife tercinta selamat bersalin tanpa masalah dan akak n baby aliya  sihat sepanjang tempoh berpantang nie..AMIN...



~from taiping with love~

...25 random things, fact, habits, or goal about ME!!!!!...

11
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, fact, habits, or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. your cooperation is highly appreciated. haha"

Oleh kerana Ailyl Rozanna sudi tag aku, so nie jawapan untuk:


25 random things, fact, habits, or goal about ME!!!!!
*habis bocor semua rahsia aku, damn!!!*

1) Aku dah kawin, ok!!!

2) Umur sebenar aku 26 tahun, 2 bulan dan 1 hari (mengikut tarikh entri nie)..

3) Start membuat terjunan tiruk ke dalam arena blogging nie bulan April 2010...

4) Dijangka dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran 'P.A.P.A' pada 10/11/2010...

5) Walaupun muka takde jerawat, tapi aku nie penghidap masalah resdung yang agak tinggi levelnya..(sambil tenyeh hidung)...

6) Kalau tengok dari gambar-gambar aku kt blog nie,mesti korang ingat aku memiliki perut yg slim river..Tapi TIDAK!!! Perut aku sedikit besar sebenarnya (still taknak ngaku boroi)...

7) Kecik-kecik dulu bercita-cita nak jadi cikgu..Tapi,bila dah besar nie,baru sedar takde talent langsung nak mengajar orang..

8) Aku kalau tengah kusyuk buat something,aku suka kunyah lidah.Ala-ala macam makan chewing gum...

9) Bila pergi shopping,aku suka belek kaw-kaw dulu benda yang aku nak beli tue..Tapi last-last,selalu je tak jadi nak beli...Bila dah balik,baru rase nyesal sebab tak beli...damn

10) Sekarang nie,aku tengah bergiat aktif men'decorate' rumah aku dengan tema ala inggeris..Nanti aku postkan gambar-gambar utk korang tengok ye..

11) Masa dok fikir-fikir kos yang nak diambik bila sambung belajar, aku teringin nak amik kos interior design..Tapi ntah macam mana leh pegi apply engineering..Dan sekarang,aku adalah diploma holder dalam Electronic Engineering..

12) Aku tak pandai naik moto yang ade clutch..So,jangan ade sesape yang berani pinjamkan motor RXZ,Yamaha 125 dan yang seangkatan dengannya kat aku kalau korang taknak motor korang aku baraikan...

13) Aku suke melawat blog Irine Nadia Marcello, Zack Zukhairi dan Ailyl Rozanna setiap kali aku online...Tapi, tak tau le pulak diaorang nie pernah melawat blog aku ke tidak..Aiman tak kisah...

14) Aku teringin nak ada ijazah...

15) Teringin nak jadi orang yang bebas dari masalah kewangan...Nie asal tengah bulan je,berlaku 'kesesakan' lalu lintas dalam dompet duit aku nie...

16) Aku lebih expert jalan-jalan di negeri Johor berbanding dengan negeri aku sendiri, Perak...Kalau Ailyl bagi alamat rumah dia kat Johor,selamber je aku leh cari...

17) Sangat suka melombong bijih timah yang bersembunyi dalam lubang hidung aku nie...

18) Aku akan kaburkan mata aku setiap kali tengok part hantu keluar dalam ape-ape je cerita hantu...

19) Aku tak suka orang pandang rendah kat aku...

20) Aku tak suka marah-marah...

21) Aku tak berapa pandai beramah-tamah dengan orang yang aku baru kenal..So,orang akan cop aku SOMBONG..Tapi,aku bukan macam tue..Aku sangat friendly orangnya...

22) Team bolasepak feveret aku ----------------> MANCHESTER UNITED

23) Aku sangat tak pandai nak jaga alat tulis aku..Memanjang je hilang...

24) Ramai orang tak boleh nak baca tulisan tangan aku...Kekadang aku sendiri pun tak boleh nak baca tulisan sendiri...

25) Dalam family aku,aku sorang je yang berkulip agak gelap..Adik beradik dan mak ayah aku semua kulit cerah-cerah je..Ntah pasal ape ntah...

DONE!!!! Aku dah berjaya jawab tag yg diberi..Kat sini, dengan penuh bernafsu aku nak tagkan pulak kepada 25 orang blogger yg aku teringin nak tau tentang diri diaorang..


Hope lepas jawab tag nie,boleh tinggalkan link kat ruangan komen aku ye..Aku nak gi baca..TQ guys...





~from taiping with love~

...kini semakin hampir untuk bergelar...

4
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Masanya hampir tiba..
******
Aku semakin berdebar menanti detik itu..
******
Apa yang aku harapkan..
******
Agar semuanya berjalan dengan lancar..
******
Dilindungi dan dirahmati oleh Yang Maha Esa..
******

Buat isteriku tersayang..
******
Terima kasih di atas pengorbanan ini..
******
Hanya Tuhan Yang Maha Esa sahaja mampu membalas pengorbanan sayang ini..
******

Kini..
******
Sedang menghitung hari..
******
Untuk bergelar..
******
PAPA dan MAMA..
******



~from taiping with love~

...Dadali-saat aku mencintaimu...

0
ASSALAMUALAIKUM W.B.T




DADALI - SAAT AKU MENCINTAIMU
 


Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,


Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,


Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….


Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,


Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….


Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta


Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,


Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,


Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta


*lirik lagu music box aku






~from taiping with love~

...thank you ALLAH - maher zain...

0
ASSALAMUALAIKUM W.B.T



THANK YOU ALLAH - MAHER ZAIN

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

O Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله
All praises to Allah

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah

الحمد لله

*lirik lagu music box aku..



~from taiping with love~

...jom belajar loghat utara-siri 1...

1
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Hari sabtu = hari santai..So,entri sempena hari Sabtu mestila kena santai-santai je kan..Dah cukup Isnin hingga Jumaat kepala nie dah penuh dengan segala mak nenek benda-benda yang serius kan..Demi menjadikan entri aku pada hari Sabtu nie kategori santai dan tak serabut otak,jom kita belajar bahasa,ok!!!

Aku nie boleh la dikatakan dilahirkan dalam area utara..Taiping kire utara la kan..Tak caya,pi tengok google map..So,bahasa percakapan aku banyak dipengaruhi oleh sleng@loghat utara..Kat sini,aku nak share dengan korang beberapa loghat@sleng maut yang slalu meniti di bibir aku bila balik kampung dan di tempat aku kerja..Lupa nak habaq mai, aku la nie gheja kat Butterworth..
*tengok,sesi belajaq loghat utara kita dah mula...

*Senayan* = Isnin
Contoh ayat : "Mat,hang pi mana hari Senayan lepaih?"

*Cemuih* = meluat, tak suka
Contoh ayat : "Aku nie dah naik cemuih la tengok muka hang mat oiiiiiiiiii!!!!"

*Belemoih*(spelling dia tak sure sgt) = comot
Contoh ayat : "La, nie parit mana yang hang terjun nie Mat oiiii..Habis belemoih satu badan"

*Pulun* = lebih kurang macam terlebih rajin la..
Contoh ayat : "Hang toksah la dok pulun sangat nak perabih gheja tue..Masa banyak lagi"

*Belenggak* = duduk melepak, duduk saja
Contoh ayat : "Daripada hang dok belenggak ja kat ghumah tue,baik hang mai tolong aku."

*Tak kelapaq* = tak teringin
Contoh ayat : "Tak kelapaq langsung aku nak tolong si Mat tue."

*Cempegha* = kelam-kabut,huru-hara (lebih kurang la)
Contoh ayat : "Nie awat yang hangpa dok cempegha sangat nie? Nampak hantu ka?"


Amacam,pernah dengar tak sleng@loghat utara nie? Kalau dah nama orang utara tue,memang gerenti la pernah dengar dan tahu kan..

Tapi, perkataan-perkataan tue aku kongsikan khas untuk kawan-kawan yang pernah dengar, tapi tak faham sangat ape kejadah maksud dia..

So,stop kat sini dulu kelas bahasa kita..Tapi, dont worry, aku akan come out dengan siri ke-2 pulak..Aku akan sharekan lagi beberapa perkataan yang cangih manggih made in utara nie...



~from taiping with love~

...neonode N2 - handphone cute+comel...

0
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Hah, hari nie aku nak tunjukkan handphone yang sangat la comel+cute kat korang..Bukan takat nak tunjuk je, aku siap nak jual lagi kepada sesape yang berkenan..Harga hanya RM400...Market price RM699 tau..

Taraaaaaaa......

NEONODE N2

Comel tak? Cute tak?...Jom kite tengok plak apa ciri-ciri handphone nie ye kawan2 semua..

::SPECIFICATION::
- General 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
- Size Dimensions 77 x 47 x 14.7 mm
- Weight 70 g
- Display Type TFT touchscreen, 65K colors
- Size 176 x 220 pixels, 2.0 inches
- Sound Alert types Vibration; Polyphonic, MP3 ringtones
- Speakerphone Yes
- Memory Phonebook Yes, Photo call
- Call records
- Card slot miniSD, 1 GB card included (Support up to 8GB)
- Data GPRS Yes
- Bluetooth Yes
- USB Yes
- Camera Primary 2 MP, 1600x1200 pixels
- Features Messaging SMS, MMS
- Browser WAP 2.0/xHTML, HTML
- Games Yes
- Colors Black, Blue & Green
- MP3/WMA/MPEG/WMV player
- Calculator
- Task manager
- Stereo sound in headphones
- Battery Standard battery, Li-Ion
- Stand-by Up to 200 h
- Talk time Up to 4 h

Ok tak spec dia? So,kalau ade sesape yang teringin nak dapatkan handphone tahap cute+comel nie, contact aku k..019-6653152..

HANYA RM400 JE...MURAH MURAH MURAH!!!!



~from taiping with love~

...selangor vs kelantan, korang pilih sape?...

2
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Kepada semua kaki bola,tangan bola,kepala bola sekalian,jom pakat ramai-ramai layan bola malam nie..Bukan game EPL @ Champion League, tapi TM Piala Malaysia beb..Peringkat suku akhir..


Game yang paling dinanti-nantikan mestilah pertemuan antara SELANGOR VS KELANTAN..Hah, citer pasal game Selangor vs Kelantan nie kan,tadi masa dok menggali isi perut en.google,aku terjumpa gambar nie..



Hah, bila masa pulak PAUL si sotong kurita wat ramalan nie? Adakah super impose semata-mata?..Tak kire la super impose ke hape ke, jom kita tengok ramai-ramai game malam nie..Adakah tepat seperti yang diteka oleh Paul?

p/s: aku pilih Selangor menang malam nie..Hahahahahaha, gerenti si Paul disambal sotongkan oleh penyokong Kelantan la esok pagi..




~from taiping with love~

...pesanan untuk abang driver bas ekspress...

1
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Aku nak ucapkan takziah untuk keluarga kesemua mangsa-mangsa yang terkorban dalam kemalangan ngeri bas Delima Ekspress pada 10 Oktober 2010 yang lepas..

Seriously, kemalangan tue memang ngeri..Aku tak boleh imagine macam mana la bas tue boleh melambung pergi ke laluan sebelah..Isk, macam mana la gamaknya perasaan penumpang-penumpang dalam bas tue kan..

Tadi aku ada baca dalam akhbar Utusan, salah seorang penumpang bas tue ada ceritakan situasi masa kemalangan tue..Dia kata rasa macam kacang yang digoncang dalam botol..Hah, cuba bayangkan sekarang macam mana keadaan kacang digoncang dalam botol..Ngeri ngeri..

Asal bas ekpress eksiden je, aku mula la tak senang duduk..Al-maklum la, aku nie antara pengguna perkhidmatan bas ekspress tegar tau..Macam bulan nie,tiap-tiap minggu aku kena pergi ke Johor Bahru sebab kerja..Nak drive, tak cukup modal..So, bas ekpress la pilihan hatiku..Tapi, bila dah jadi macam nie, aku sebagai pengguna tegar memang cuak,takut dan macam-macam lagi la..Aku tak mampu nak bayangkan kalau kejadian macam tue jadi masa aku yang tengah sedap tido dalam bas..Mintak simpang malaikat 44 la..

Tapi, terus terang aku cakap, kekadang driver bas ekpress nie memang bawak bas laju gila-gila..Tambah-tambah kalau tengah malam..Aku sendiri dah rasai macam mana penangan driver-diver kamikaze nie..Tak senang aku nak tido tau tak..Tido pon sekadar tido-tido ayam je..Aku kalau setiap kali naik bas nak pegi JB, memang aku tawakal aje la..Dalam hati memang berdoa kaw-kaw supaya perjalanan aku selamat..Bila dalam bas tue, nak terkencing ke nak terberak ke dah tak penting bagi aku..Yang penting aku selamat sampai..Tue je..

Kat sini, aku nak mintak TOLONG kat semua dirver-driver bas kat luar sana tue, terutama abang driver bas Konsortium (trip ke JB dari Kamunting) :

1) TOLONG, TOLONG DAN TOLONG LA memandu dengan berhati-hati dan berhemah..

2) TOLONG la jangan bawak bas tue umpama anda memandu kereta F1..

3) TOLONG la ingat bahawa anda bukan nek bas sorang-sorang, tapi anda bawak banyak nyawa di belakang anda..

4) TOLONG jangan libatkan insan-insan yang bergelar penumpang menjadi KORBAN di atas kelalaian dan kecuaian anda..

5) TOLONG la berhenti atau tukar pemandu kalau anda ngantok..


Tapi, kalau dah suratan takdir dah tertulis untuk macam tue, apakan daya..

Yang penting, PANDU CERMAT JIWA SELAMAT..



~from taiping with love~

...aku bukan saje-saje je nak biar jadi macam nie...

0
Kesian gile dengan blog nie..Dah macam tak bertuan..Bersepah,bersawang, dah macam hampeh je..Tue la, dulu orang ade blog, ko nak jugak ade blog..Hegeh-hegeh..Sekarang tengok, dah macam hape ntah blog ko nie FAIZAL oiiiiii !!!!

*sedang mengutuk diri sendiri

Tapi,

Aku bukan saje-saje nak biar blog aku nie jadi macam nie..Tapi, aku macam hilang semangat pulak dah nak menulis..Padahal, macam-macam yang berlaku dalam hidup aku nie..Tapi, aku tak mampu luahkan dalam bentuk entri..Tak tau kenape? Tetiba je aku rasa macam aku nie dah tak reti nak menulis pulak dah..

Walaupun blog nie takde entri-entri latest, tapi aku tetap jenguk blog aku nie tiap-tiap hari..Rasa sayang masih menebal lagi kat blog merah aku nie..Susah payah tau aku create blog nie..Cuma sekarang nie,blog nie nampak kurang berseri sikit la..

Insyallah,aku akan bangkit dengan semangat baru untuk terus berblogging..



~from taiping with love~

...kisah duniawi...

0
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Aku nak kongsikan something yang aku dapat dari email dalam inbox yahoo aku...Renungkan lah sama-sama..

~sila klik gambar untuk lebih jelas~


Apa korang rasa? Subhanallah...Mudah-mudahan insan-insan nie sempat diberikan hidayah sebelum terlambat...Amin



~from taiping with love~

...kenapa aku kena penyakit nie...kenapa???

1
KENAPA la aku kena penyakit nie???
|
|
|
|
|
V
*****************************************************
KENAPA mesti aku?? WHYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY!!!
|
|
|
|
|
V
*****************************************************
Aku tak pernah mintak semua nie..
|
|
|
|
|
V
*****************************************************
Tapi, KENAPA tetap berlaku kat diri aku????
|
|
|
|
|
*****************************************************
KENAPA???
KENAPA????
Dan KENAPA?????
|
|
|
|
|
V
*****************************************************
AKU KENA PENYAKIT MALAS NAK UPDATE BLOG AKU NIE????
ARGHHHHHHHHHH!!!!





~from taiping with love~

...kasi clear sawang dan jembalang...

0
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Hmm,dah lama giler asenya aku tak conteng-conteng kat blog aku nie..Dah naik bersawang dah aku tengok..Macam rumah kena tinggal dek orang 3-4 bulan..Silap-silap hantu jembalang pon dah pakat singgah melepak kat blog aku nie..

Syuh..syuh..syuh..pi men kt tempat len jembalang oii..


So,nie entri khas untuk kasi clear sawang dan jembalang yang mula nak memenuhi blog aku nie..Sori la takde mende nak di stori-mori kan..



...aku bangga aku anak merdeka!!!!

0
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Dengan penuh rasa bangga tersangat2, aku nak ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua..Alhamdulilah, negara kita dah merdeka selama 53 tahun kan..Sejak aku lahir, maknanya hari nie aku sambut merdeka untuk kali ke-26..Tahniah tahniah kepada diri aku sebab jadi ANAK MALAYSIA..Bangga giler nie weih..Korang pun mesti rasa bangga kan..Tol tak..Sapa tak bangga, aku dengan megahnya nak luku pala dia..

Hari nie walaupun hari cuti, aku dengan bangganya bangun awal sebab nak tengok siaran langsung sambutan kemerdekaan kat tv..Almaklumla, tak berkesempatan nak pegi Stadium Putra Bukit Jalil, dapat layan depan tv pon dah kire ok..Janji semangat patriotik mesti ada maa..

Bagi aku, sambutan kemerdekaan kali nie yg paling TERBAEK!!! Cayalah!!! Walaupun sambut dalam bulan puasa dan buat dalam stadium, tapi GEMPAK giler..Memang ada transformasi la sambutan kali nie..Sesuai sesangat ngan tema tahun nie, 1 MALAYSIA MENJANA TRASFORMASI..Persembahan yang diatur sangat2 menarik, berwarna-warni,seragam dan ahhhhhhhhhh,tak tau la nk cakap apa lagi..Sebab terlampau best..Memang rugi rasanya aku tak dapat pegi rasai sendiri suasana tue kat stadium..Tapi lagi rugi rasenya bagi sape yang tak tengok langsung upacara gilang gemilang nie..Gerenti nyesal la beb..

Tapi....

Penghayatan terhadap makna kemerdekaan tue adalah lebih penting..Tambah2 lagi untuk golongan belia macam aku dan korang semua..Jangan dok ingat syok jerit-jerit 'merdeka' je geng, tapi tanggungjawab sebagai warga Malaysia yang MERDEKA nie kita abaikan..Jangan sia-siakan usaha perwira-perwira kita yang bersusah payah tuntut merdeka dari British..

Ada tak korang tengok filem HATI MALAYA 1957?..Tue filem terbaik bagi aku untuk kita ingatkan kembali tentang sejarah macam mana nenek moyang kita dulu tuntut merdeka..Lepas tengok filem tue, aku gerenti korang akan rasa semangat patriotik cintakan negara akan meresap dalam diri korang..Kalau tak caya, pi cari filem tue dan tengok..

Sekali lagi aku dengan bangganya nak bagitau kat satu dunia yang AKU BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA..TERSANGAT-SANGAT BANGGA!!!

KEPADA ANASIR-ANASIR LUAR YANG CUBA NAK MENGANGU GUGAT KEAMANAN NEGARAKU YANG TERCINTA NIE, BAIK FIKIR BANYAK KALI LA WOIIIII!!! 
KAMI SEBAGAI RAKYAT YG CINTAKAN NEGARA TAKKAN BIARKAN SESIAPA PUN MENGHANCURKAN KEAMANAN DI NEGARA INI!!!!!!!!!!


~from taiping with love~

...entri color PINK...

1
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Dah hampir sebulan aku tak tulis entri..Ntah la, sebulan nie tahap kemalasan tersangat la tinggi..Tapi, hari nie, tetiba je mood nak menulis tue datang..So, terhasil le entri nie..

Sabtu lepas aku bawak wife aku pegi ke Hospital Colombia Asia untuk scan baby dalam perut..Sekarang nie, wife aku dah preggy 7 bulan tau..Orang cakap 7 bulan elok la pegi scan tengok keadaan baby dan tengok gender dia..Bukan apa, nak tau la jugak kan keadaan anak sulung aku tue..Sambil-sambil bila dah tau jantina, dah boleh prepare barang-barang baby..Sampai kat Colombia Asia, aku berurusan dengan Doktor Khairul..Umur dalam awal 40-an aku rasa..Sporting dan baik doktor nie..Cakap pun lembut je dan suka senyum..Masa buat scanning tue, Doktor Khairul tunjuk la baby dalam perut wife aku tue kt monitor..Aku teruja sesangat masa mula-mula Doktor Khairul tunjuk muka baby kat aku..Subhanallah, besarnya kekuasaan tuhan..Nampak jelas mata, hidung, telinga, pipi, tangan, kaki baby aku tue..Masyallah, pertama kali aku dapat tengok anak aku..Tak tau apa nak cakap..Doktor Khairul cakap baby dalam keadaan normal dan sihat..Alhamdulillah..Aku teruja sesangat masa sesi scanning nie..Doktor Khairul jugak tunjuk jantina anak aku..Hah, nak tau tak jantina baby aku?..GUGURL....Hihihihi..Seperti yang aku impikan..Aku nie kalau boleh, nak anak sulung perempuan..Tapi, kalau dapat lelaki pun aku tak kisah..Janji sihat tubuh badan..Tue dah lebih mencukupi bagi aku dan wife..Tapi, Doktor Khairul kata baby aku tue baby gurl, siap tunjuk lagi kat skrin jantina baby aku..

Lepas balik je dari Colombia Asia, aku dan wife terus pegi beli barang-barang baby..Hahahahaha, gila punya excited beb..Yela, dah tau kan baby gugurl yang dok dalam perut wife aku..So,ape lagi..Warna PINK la jadi tema untuk baby..Habis semua benda kami tibai beli color pink..Nasib baik bedak warna putih, kalau ade bedak color pink, gerenti aku dah beli..Hahahahahaha..dan entri aku kali nie pun color PINK..Amik ko..Terlebih excited..

p/s : tak sabar nak tunggu baby gurl aku tue keluar tengok dunia..Dijangkakan 10/11/2010..Doakan semoga segalanya berjalan lancar ye kawan-kawan..Amin...



~from taiping with love - versi PINK COLOR~

...entri sebelum mandi...

0
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Adoi,kaw-kaw punya bosan hari nie..Tak tau ape nak buat..Nak balik Taiping, aku sekarang nie ada kat JB..Gile punya jauh kalau nak balik..Miss my bucuk very much daa..Next week baru leh jumpa buah hati aku tue..Dah 2 minggu beb tak jumpa..Jumpa pon dalam 3G je..Mana puas..Tak leh nak tarik-tarik pipi..

Jap lagi,nak gi lunch kejap kt Restoran Sri Bayu Perdana..Pas tue, nak gi Kompleks Belia dan Sukan JB nak gi tengok tournament futsal ngan Jai a.k.a officemate aku masa aku kat JB..Seb bek la ada si Jai nie, klu tak, mati keras aku dok umah nie sorang-sorang..

Jom mandi..Hahahahahaha..Apa punya spesies daa aku nie, kol 12 baru nak mandi..Aku jimat air la..Dah la datang JB nie menumpang umah orang,lagi mau buat pembaziran ke..


~from taiping with love~

...kaunter timbang-menimbang...

2
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Ada sesapa nak timbang berat tak? Tapi bukan timbang berat badan tau..Tapi timbang berat blog korang tue..Mungkin dah ramai yang pernah wat aktiviti timbang-menimbang nie kan..Tapi kepada blogger yang tak pernah lagi timbang blog,boleh la timbang-timbang di sini. Kat sini korang leh la check kapasiti blog korang dan bape load speed blog korang..Nie pulak result blog aku selepas ditimbang sukat..

Kalau korang rasa blog korang tue lembab semacam je walaupun line internet tue ok, baik korang gi timbang dulu blog korang..Kalau tengok load time korang tue lama semacam aje,baik kirenya korang buat kerja-kerja pembersihan sket kat blog korang tue..Buang aje la widget-widget yang tak patut tue..Buat berat je..


~from taiping with love~

...asal sedap je, mesti bahaya...

5
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Asal sedap jer,mesti bahaya..Asal bahaya je, benda tue mesti sedap..Korang baca tak suratkhabar Kosmo hari nie? Pasal minuman 3 in 1 yang macam nescafe, tongkat ali, kacip fatimah dan seangkatan dengannya..Sekarang nie,kalau la korang adalah peminum tegar minuman 3 in 1 nie,baik korang cuba ubah status peminum tegar korang tue kepada peminum tak tegar sangat..

Menurut pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslee Rajikan, minuman 3 in 1 nie kalau diambil secara melampau boleh menyebabkan diri korang terdedah kepada risiko masalah kesihatan. Kat sini ada sedikit info tentang kandungan minuman 3 in 1 nie..

-Mengandungi lebih 3 sudu teh gula dalam setiap pek

-Gula yang berlebihan nie digunakan untuk menghilangkan rasa pahit dalam minuman.

-Krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu dari minyak kelapa sawit yang boleh sebabkan saluran arteri darah tersumbat yang boleh akibatkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

-Turut mengandungi kafein yang boleh sebabkan rasa berdebar dan menyukarkan tidur pada waktu malam.

-Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori di mana jumlah kalori nie adalah sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.

-Kandungan tingkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana harganya yang mahal.

Sebenarnya, kita bukannya tak boleh langsung nak minum minuman 3 in 1 nie..Boleh diminum, tapi jangan la asal nak minum aje, minuman 3 in 1 nie jadi pilihan..Kalau setakat ambik 1 paket sehari tak jadi masalah..Kalau sehari sampai 7-8 paket korang hentam minum, tue yang jadi masalah..So, dengan sedikit info kat atas nie, kepada sesapa peminum tegar minuman 3 in 1, leh la cuba kurang-kurangkan ketegaran korang tue ye..Aku takpe,aku tak berapa berkenan sangat minum 3 in 1 nie..

p/s: air minuman yang wife aku bancuh la paling sedap..huhuhuhhu..


~from taiping with love~

...blogger terkenal minta cerai guna blog...

4
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Apa cerita nie? Blogger terkenal (terkenal ke?) mintak cerai guna blog..Isk isk isk..Dulu kecoh pasal cerai-berai guna sms,sekarang nie dah ada style baru pulak dah,guna blog..Hmm,nie kisah yang aku baca kat muka depan akhbar Kosmo semalam..Mungkin ada antara korang ada terbaca cerita nie kot..Kisah rumahtangga 2 orang blogger terkenal yang berstatus laki bini yang dah lama berkahwin..Dan diaorang nie pulak berstatus Dato dan Datin tau..Kelas gitu..Patut la sampai nak mintak cerai pon nak dengan cara yang bergaya..Aku malas nak mentionkan sapa yang empunya diri yang bergelar Dato dan Datin nie..Korang cari sendiri ye..Dikhabarkan 2 orang blogger memang terkenal dan ada banyak followers..Yeke? Ntah,jangan tanya aku..Aku pun tak pernah lagi menjelajah ke blog diorang nie..

Aku tak pasti la kan samada entri dari blogger terkenal yang berstatus Datin nie hanya luahan perasaan dia aje..Tapi, kalau nak buat luahan perasaan pon, buat la luahan perasaan pasal benda-benda lain..Hal-hal rumahtangga macam nie aku rasa sangat-sangat tak sesuai untuk dijadikan entri luahan perasaan dalam blog..Tak payah la nak bagitau satu dunia pasal masalah rumahtangga tue..Takde orang yang nak tau pon..


~from taiping with love~

...rEpoRt kEsIh@t@n...

Daisypath Anniversary tickers