...r@k@n nI@g@ t@ukE BloG...


...Taiping, destinasi Cuti-cuti 1 Malaysia...

1
ASSALAMUALAIKUM






Taiping....Pernah dengar tak nama tempat nie? Kalau pernah dengar,pernah datang tak tempat nie?Kalau tak pernah,aku nak war-warkan kat korang pasal tempat yang bernama 'TAIPING' nie,ok...

Sebab ape aku beria-beria sangat nak cerita pasal Taiping nie?..Mudah je sebabnya..Aku nie anak jati Taiping,so aku rasa ada kewajarannya di situ untuk aku promosikan Taiping sebagai antara destinasi perlancongan 1 Malaysia..Tambah-tambah pulak sekarang nie musim cuti sekolah pulak kan..
Sebelum aku bawak korang semua ronda-ronda Taiping secara maya nie,meh aku nak singkapkan sikit la pasal sejarah Bandar Taiping nie..


Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil. Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang Melayu telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak.

Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang bernama Larut, berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah itu dinamakan Larut. Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam bahasa Hakka. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British. 1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875. 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.


Tue lah serba sedikit sejarah tentang Bandar Taiping yang boleh aku kongsikan dengan korang..Sejarah dah tau kan,next entri aku akan tunjukkan ape benda yang menariknya Bandar Taiping nie..Nantikan ye..

~from taiping with love~

1 comments:

hans said...

pergi zoo la kalau den gi taiping

P/S : Blog Gua Kena Tegur Oleh Blogger! Gua Cuak!

Post a Comment

...rEpoRt kEsIh@t@n...