...r@k@n nI@g@ t@ukE BloG...

@nd@ @d@L@h pEngUnJuNg yG kE:


Sejenis sifat manusia yang aku tak faham

1
Assalamualaikum W.B.T

Kekadang aku tak faham la dengan sejenis sifat manusia nie...Sifat suka berlawak,tapi lawaknya tue dipenuhi dengan acara  mengutuk,mengata dan sometimes sampai menghina orang lain..Aku faham, sesetengah orang tue kalau berlawak ada yang jenis kasar bunyinya..Tapi, jangan la sampai setiap kali nak berlawak dengan seseorang,mesti kena ada ayat-ayat yang boleh bikin hati jadi panas..Kita nie kena ingat jugak,walau sesempoi,se'cool' mana pun seseorang tue,kita jangan lupa setiap orang ada sifat marahnya..Jangan la ingat orang yang slow,cool,tak berani reti nak betah bercakap nie balik korang leh cakap sesuka hati walaupun dalam situasi berlawak..Sometimes orang leh sabar beb,tapi klu kena time tak boleh nak sabar,takut boleh terbalik kerusi meja...

So,kalau korang (termasuk aku) ada sifat lawak yang macam nie,harap-harap leh berfikir jugak la hati dan perasaan orang yang korang sedap dok kutuk tue..Walaupun pada hakikatnya korang anggap itu hanya lawak@jenaka,tapi kena la selalu ingat, bukan setiap masa kita boleh berlawak ye..Bila orang yang korang kutuk tue macam dah bagi hint-hint yang dia tak berapa suka dengan mulut busuk korang tue,bawak-bawak la berenti dari terus dok berlawak..Cukup-cukup lah..Takut nanti ada yang masam-masam muka,lebam-lebam biji mata..


  ~from taiping with love~

Gatal tangan...Photoshop CS5

1
Assalamualaikum W.B.T

Dah sekian lama tak conteng-conteng kat sini,tetiba pulak hari nie gatal-gatal tangan nk menconteng..Tadi lepak-lepak kt nuff,saje la gatal tengok analitik..Tak sangka ade jugak orang sudi singgah kt blog berhabuk aku nie..Hahahahahaha..Macam tak caya je..

Sekarang nie aku tengah menggila dengan Photoshop CS5..Tetiba je rasa best bila dah pandai sesikit main edit-edit gambar..Terima kasih la kat Youtube sebab banyak sediakan tutorial untuk aku belajar. So kepada sesapa yang teringin nak belajar guna Photoshop tapi takda sifu,rerajin la ye tengok tutorial kat Youtube..Gerenti berbaloi-baloi..


  ~from taiping with love~

Pabila aku blogwalking...

0
Assalamualaikum W.B.T

Dah sekian lama tak mengupdate blog, tetiba je petang ni terasa nk tulis something..Tapi macam biasa, bila baru je nak conteng-conteng,aku mesti blur punya lah..Tak tau apa nak tulis..Aku meluat toi..

Erm, pagi tadi aku tetiba je teringin nak tengok blog Cik Epal, salah seorang blogger fofular..Aku sebelum nie memang tak pernah langsung jenguk blog Cik Epal nie..Tapi, bila skali je aku singgah dan baca entri dia, terus aku sedar blog dia ade urmphhhh..Memang patut pun popular..Rasa relax je baca entri terbaru dia walaupun entri tue panjang berjela..Tetiba plak aku terfikir,kalau la aku yang tulis panjang berjela macam tue,gerenti takdak sapa yang lapaq nak baca..Hahahahahahaha,drop diri sendiri..

Dah puas jamu mata kat blog Cik Epal, laju je aku taip url blog zack zukhairi..Nie antara feveret blog aku..Dan setiap kali aku melawat blog nie, aku harap dapat baca entri baru..Tapi hampeh..Tak berupdate lagi upernye..Kalau korang nak tau apa sebab blog si zack nie jadi feveret aku,baik korang pi sendiri jenguk blog kaler hitam tue ye...

Dah la,tak tau dah nak tulis ape lagi..Meluat toi...Aku 'temper' je rasa..Haksssss!!!!

~from taiping with love~

...my goal...

0
Assalamualaikum W.B.T 

Kepada Mu Ya Allah, aku mohon agar apa yang bakal aku usahakan ini beroleh kejayaan.
Kepada ayah bondaku, anakmu akan teruskan apa yang telah diusahakan sejak 28 tahun yang lalu dengan wajah dan pendekatan yang baru.

Kepada isteriku, sokongan dari ayang amat abang perlukan untuk memastikan apa yang bakal diusahakan ini berjaya.

Kepada adik beradikku, sokongan dan doa amat diharapkan.

Kejayaan Warisan Purnama, matlamat aku!!!


~from taiping with love~

Raya sudah abis...Aku tertekan!!!!

1
Assalamualaikum W.B.T 

Esok hari Isnin..Maknanya cuti raya pun abis dah..Rase macam tak puas je bercuti..Tetiba rase tertekan pulak pun ada nie..Dah terbayang-bayang dah depan mata kerja-kerja kat ofis..Gila punya tak best perasaan yang sedang melanda kalbu aku time nie..

Yang lagi tak bestnye, aku just ada masa seminggu je untuk bereskan kerja-kerja aku yang terbengkalai..Sebab ape??? Sebab start 12hb sampailah 30hb, aku kerja pi kursus kat KL pulak dah..Aku tak suka pergi kursus,ok!!! Tambah-tambah kursus yang memerlukan aku bukak mata luas-luas, capangkan telinga aku untuk dengar lecture..Kalau kursus yang melibatkan aktiviti fizikal@outdoor, itu takde hal punya..

Esok wife aku pun start kerja..Sian kat little princess aku sebab terpaksa kembali semula kepada rutin asal..Duduk dengan tok kat rumah sementara wife aku pegi kerja..Sian anak papa...

Ape pun, kepada yang start bekerja esok,selamat bekerja ye..


~from taiping with love~

5 hari raya

0
Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, dah 5 hari kite beraye..Ada tak yang sakit-sakit perut akibat overdose time makan? Gerenti ramai punya lah..Aku dan family,Alhamdulillah tak terjebak dalam peristiwa sakit-sakit perut nie..

Tahun nie rase macam pendek je masa untuk aku dan family nak pegi beraye rumah saudara-mara dan kawan-kawan..Sedar-sedar dah petang..Adakah sebab aku tak pandai rancang jadual untuk beraya atau bumi nie dah berputar makin laju????Paling nyampah tue,esok last day cuti..Lusa dah nak kena masuk balik ofis..Nak tambah cuti lagi seminggu boleh???

* mood barai je *


~from taiping with love~

...rEpoRt kEsIh@t@n...

Daisypath Anniversary tickers