...r@k@n nI@g@ t@ukE BloG...

@nd@ @d@L@h pEngUnJuNg yG kE:


...tarikh Hari Bapa sedunia...

0
Assalamualaikum w.b.t

Sapa tahu bila Hari Bapa?..Hah, mesti ade yg tergaru-garu kepala, tergagau-gagau kan bila ditanya soalan nie..Relax-relax,kepada yang tak tau tue, sila baca entri nie dengan fokus yang tinggi ..Lebih molek kalau korang sediakan pen dan kertas utk wat sedikit catatan ye..

Jom aku nak share dengan korang tentang tarikh sambutan Hari Bapa..Macam Hari Ibu , tarikh Hari Bapa pon lain-lain jugak ikut negara..Kalau kat Malaysia, kita akan sambut Hari Bapa pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun..Maknanya Hari Bapa tahun nie akan jatuh pada 20 Jun 2010..Itu ikut kalendar yang ade atas meja aku nie la..Rasenye same je kot kalendar korang ngan aku punya kan..Jom kite tgk pulak tarikh-tarikh Hari Bapa seluruh dunia..Mana la nak tau kan, kot2 ade antara korang sekarang nie ade kat Afrika Selatan ke, Zimbakwe ke kan..


Ahad ke-3 Bulan Jun
USA, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas,Bangladesh , Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, MALAYSIA, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerti Rico, Singapura, Slovakia, Sir Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela dan Zimbabwe

23 Jun
Poland, Uganda dan Nicaragua ( nie negara ape bende nie?)

30 Julai
Vietnam

Ahad ke-3 Bulan Julai
Uruguay

Ahad terakhir Bulan Julai
Republic Demolonietaksupomulo Dominican

23 Mordad (bulan kelima kalendar Iran)
Iran

Ahad ke-2 Bulan Ogos
Champion World Cup 5 kali (Brazil)

8 Ogos
Taiwan

Ahad Pertama Bulan September
Australia dan New Zealand

Ahad ke-2 Bulan November
Estonia, Finland, Norway dan Sweden

5 Disember
Thailand

23 Februari
Belarus, Ukraine dan Russia

19 Mac
Sepanyol, Portugal, Itali, Bolivia, Honduras dan Liechtenstein

5 Mei
Romania

8 Mei
Korea Selatan
(bukan Hari Bapa, tapi kat sana diaorang sambut Hari Ibu Bapa)

Ahad Pertama Bulan Jun
Lithuania

5 Jun
Denmark

Ahad ke-2 Bulan Jun
Austria, Belgium dan Ecuador

17 Jun
El Salvador dan Guatemala

Semoga dengan info yang aku kasi nie berguna untuk korang k..Lagi 4 hari je lagi dah nak Hari Bapa kan, so ape hadiah yang korang nak kasi kat abah@ayah@papa@walid@daddy kesayangan korang? Jom share-share..Mana la tau kot-kot ade idea yang aku leh cilok..

*TQ kepada incik WIKIPEDIA di atas info nie..

p/s: Bulan 11 nie aku akan bergelar 'Bapa' la pulak..Yahooooooo!!!



~from taiping with love~

...jom baca, encik perokok...

2
Salam semua..
Tadi aku baru berkesempatana belek-belek akhbar Metro hari nie..Hampeh kan, dah tengahari baru nak baca paper..Ape-ape ajelah ye..Aku tertarik dengan satu berita nie..Disebabkan mengeluarkan kompaun kat seorang lelaki@pakcik sebab merokok di tempat larangan, seorang pegawai Jabatan Kesihatan kena belasah..Peh, naya-naya..Kisahnya seorang pegawai Jabatan Kesihatan nie tengah buat operasi penguatkuasaan larangan merokok kat Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah..Masa tengah wat checking tue, maka terjumpa la pakcik nie tengah sedap hisap rokok kat kawasan surau hospital tue..Ape lagi, si pegawai nie pon kasi kompaun la sama pakcik yang tak tau peraturan tue..Tetiba,bleh pulak pakcik tue naik hangin satu badan..Terus dia ajak 2 geng lagi join sekaki untuk belasah si pegawai yng tak bersalah tue..Dan geng dia pon kategori pakcik-pakcik gak..Hai pakcik-pakcik sekalian, kenape la buat perangai huduh mcm tue?..Malu la anak-anak muda tengok..Tidak ke pakcik-pakcik yang tersangat handal menumbuk dan menendang nie tak tau yang hospital kan tempat larangan merokok?..Diulang sekali lagi ye..HOSPITAL ADALAH KAWASAN LARANGAN MEROKOK..bukan kawasan dibenarkan merokok..Jelas ye semua..Simpan molek-molek info nie dalam sel-sel otak korang (termasuk aku sekali)..


 
 

Tapi,itulah dia sikap rakyat Malaysia..Peka la sikit dengan peraturan..Bukan syok-syok je tau Kementerian Kesihatan buat peraturan nie..Lagi satu, nama pon kawasan hospital..Respect la sket kan..Hospital kan tempat orang yang sakit..Tau le korang nie perokok tegar..Tapi jangan la sampai dalam hospital pon nak bantai isap rokok..Agak-agak la..Tahan le kejap nafsu merokok korang tue masa kt hospital..Lepas dah keluar dari kawasan hospital tue,lantak korang la nak hisap berapa batang colok rokok pon..Ada aku kesah?..Kepada pegawai yang kena belasah tue,aku doakan beliau cepat sembuh..Dan banyak-banyakkan bersabar dengan cabaran yang sebegini..Teruskan usaha murnimu itu..Chaiyok-Chaiyok!!!!

p/s:Aku pon hisap rokok jugak..Tapi aku tak buat perangai huduh hisap rokok kat kawasan hospital ye..


~from taiping with love~

...go Asia go...

0
Salam semua..
Cayalah, tahniah, peeewiiittttt!!! Khas ditujukan kepada team-team dari Asia yang telah berjaya memenangi 1st game diorang dalam World Cup..Team yang aku maksudkan tak lain dan tak bukan mestilah Korea Selatan dan Jepun..Goooooooooooooooolllllllllllll!!!!

Hari Sabtu lepas Korea Selatan dah berjaya ganyang bekas juara Euro 2004, Greece 2-0.. Korea Selatan memang patut menang malam tue..Game diaorang cun giler..Sape kata orang badan kecik x boleh lawan orang badan besar..Kecik besar tue tak penting, yang penting semangat, skills mau ada beb..Semalam, Jepun plak tunjuk power..Kasi hantam Cameroon 1-0..Nie pon game antara kecik lawan besau, putih lawan hitam..Tapi team kecik@putih tak kasi can beb..Hahahaha,kesian kat Eto'o..Takpe2 Cameroon, 2nd game buat yang terbaik ok..Tapi sedikit kesedihan melanda squad dari zon Asia iaitu Australia..Adoiyaii, kesian beb si kanggaroo nie kena bantai 4-0 dengan Jerman..Dan itu adalah jaringan terbesar buat World Cup kali nie..Satu lagi team dari zon Asia yang bakal beraksi adalah adik-beradik Korea Selatan, iaitu Korea Utara..Hah, nie satu misi berat kaw-kaw punya..Sebab 1st game kena lawan Brazil beb..Tue antara feveret nak menang World Cup kali nie..Apa pun, all da best untuk Korea Utara..Kalau nak kalah sekalipun, 1-0 atau 2-0 cukup la..lebey-lebey xmo k..

p/s: masa tgh tulis entri nie, aku tgh bayangkan mcm mana la gamaknya kalau team Malaysia yang main dalam World Cup..Boleh korang bayangkan x?


~from taiping with love~

...cerita World Cup daa...

0
salam semua..
Ini adalah entri pasal World Cup..Harap maklum
Tadi aku sempat menyaksikan perlawanan pertama Kumpulan E antara Belanda vs Denmark..Lokasi aku dan rakan-rakan melampiaskan nafsu adalah Restoran Ayub kat Skudai..Sambil-sambil melampiaskan nafsu, kitaorang sertakan sekali dengan pakej makanan dan minuman..Baru la lengkap sesi melampiaskan nafsu nie..

Ok2, sedikit review pasal game Belanda vs Denmark..Seperti dijangka la kan, Belanda dengan selambernye tapau Denmark 2-0..Aku dah agak dah..Denmark mana bleh kalahkan Belanda..Tapi masa separuh masa pertama, Denmark nie leh tahan liatnya..2 kali beb percubaan bahaya dari Denmark..Nasib keeper Belanda cool je depan pintu gol..Separuh masa pertama 0-0..Kalau dinilai dari aksi separuh masa pertama tadi, game nie boleh seri beb..Tapi sangkaan aku melencong ke tepi pintu gol..Rupa-rupanya Belanda melampiaskan nafsunya pada separuh masa kedua..Minit ke 46, Belanda dapat gol sebijik..Tue pon ehsan dari defend Denmark yang tertanduk masuk..Kire tue la 'own goal' pertama untuk World Cup kali nie..Dah dapat 1 gol, makin bernafsu le si Belanda nie..Best beb tengok Belanda attack..Attack dah mantap, tp sampai kt Van Persie utk wat finishing, hampeh..Van Persie menghampakan betol la malam nie..Tak tajam langsung..Dia lupa kot nak asah kaki pakai batu pengasah..Attack punya attack, last skali dapat jugak si Belanda nie gol kedua..Kali nie Dirk Kuyt yang score..Pe pun,kire aku puas hati la tengok game Belanda vs Denmark nie..Kire tak rugi la aku bayar nasi lemak dengan teh tarik halia kt mamak tue..

p/s: Team Belanda nie bukan team feveret aku, so aku hanya kenal 2-3 orang je player dia..team Denmark lagi la, aku kenal keeper dia aje ye..Harap maklum..


~from taiping with love~

...sesi posing maut...

3
salam semua.,

Baru kejap tadi aku uploadkan gambar untuk masuk contest 'Saga Snap and Win'.. Mudah-mudahan adalah kot rezeki aku kan..Mana la nk tau, kot2 juri tue berkenan dengan gambar yg aku ambik tue..Aku bersusah payah tau balik kampung semata-mata untuk bergambar dengan kereta aku ..huhuhuhu..xpe2, demi RM 25K, aku sanggup beb..Apalah sangat tiket bas berharga Rm110 tue klu nk dibandingkan dengan RM25k.. kan kan kan.. (kalau aku menang le)..Ok2, jom tgk gambar posing maut aku, wife dan Saga BLM tercinta..







Lokasi Posing Maut : Taman Tasik Taiping


Gajet : Kamera Digital Sony Cyber-shot DSC-S650 ( 7.2 Mega Pixels)

Gitar : Bukan aku punya, tp pinjam dari Izzat.. TQ bro

Kereta : Proton Saga BLM 1.3 (a).. hah, ini kereta ana yang punya..


Hehehe,amcam geng? Ok tak gambar-gambar nie? Asenye ade peluang tak nk gondol grand prize tue..



~from taiping with love~

...kempen kami blogger picisan menentang kekejaman ISRAEL!!!...

2
Salam semua...
Ini adalah entri khas sebagai tanda sokongan aku dalam mengutuk kekejaman ISRAEL LAHANAT ke atas bumi dan rakyat PALESTIN..

Sesungguhnya aku tersangat-sangat marah dan membantah sekeras-kerasnya dengan apa yang ISRAEL LAHANAT tue dah buat ke atas PALESTIN..


" Ya ALLAH Yang Maha Berkuasa, hancurkan dan binasakan lah ISRAEL..Selamatkanlah bumi PALESTIN dari terus menjadi mangsa kekejaman bangsa lahanat itu..AMIN"


~from taiping with love~

...rEpoRt kEsIh@t@n...

Daisypath Anniversary tickers