...r@k@n nI@g@ t@ukE BloG...

@nd@ @d@L@h pEngUnJuNg yG kE:


...Taiping, destinasi Cuti-cuti 1 Malaysia...

1
ASSALAMUALAIKUM






Taiping....Pernah dengar tak nama tempat nie? Kalau pernah dengar,pernah datang tak tempat nie?Kalau tak pernah,aku nak war-warkan kat korang pasal tempat yang bernama 'TAIPING' nie,ok...

Sebab ape aku beria-beria sangat nak cerita pasal Taiping nie?..Mudah je sebabnya..Aku nie anak jati Taiping,so aku rasa ada kewajarannya di situ untuk aku promosikan Taiping sebagai antara destinasi perlancongan 1 Malaysia..Tambah-tambah pulak sekarang nie musim cuti sekolah pulak kan..
Sebelum aku bawak korang semua ronda-ronda Taiping secara maya nie,meh aku nak singkapkan sikit la pasal sejarah Bandar Taiping nie..


Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil. Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang Melayu telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak.

Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang bernama Larut, berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah itu dinamakan Larut. Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam bahasa Hakka. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British. 1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875. 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.


Tue lah serba sedikit sejarah tentang Bandar Taiping yang boleh aku kongsikan dengan korang..Sejarah dah tau kan,next entri aku akan tunjukkan ape benda yang menariknya Bandar Taiping nie..Nantikan ye..

~from taiping with love~

...aksi Malaysia dalam Piala AFF Suzuki 2010...

1
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

(0) Malaysia vs Thailand (0)


Itulah dia result perlawanan antara pasukan bolasepak Malaysia menentang Thailand yang ditayangkan secara 'live' pukul 6 petang tadi kat TV 1...Game nie merupakan perlawanan kedua buat pasukan negara kita dalam Piala AFF Suzuki 2010 selepas pasukan negara kita diganyang oleh Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama tempoh hari...

Aku berkesempatan tengok game nie kat rumah petang tadi..Wife dan anak aku pon join sekaki tengok walaupun diaorang tak tau ape-ape pasal bolasepak..Hentam sajalah labu...

Aku nak review sket la kan pasal game petang tadi..Pada aku,game pasukan negara kita level 'biasa-biasa' saja kot..Bukan nak kondem atau mengutuk,tapi tue lah hakikat tentang prestasi team negara kita..Aku sebagai antara peminat bolasepak tempatan still rasa tak puas hati tengok corak permainan team negara kita..Nak mengharapkan team kita main ala-ala Barcelona masa belasah Real Madrid hari tue,rasanya mustahil kot..Tapi,at least try la main macam Thailand main petang tadi..Banyak control ball..Tak takut nak pegang bola..Baru la syok sket tengok kan..

Pemain team kita aku tengok macam takut giler nak control bola lama-lama..Dapat je bola,dah kelam kelibut nak passing..Relax la bro!! Bola tue bukan nak makan kaki korang pon..Ade ke penah dengar bola gigit kaki player??? Takde kan..So,ape nak ditakutkan sangat nak control ball lelama sket..Player team Malaysia yang bagi aku tak takut kakinya digigit oleh bola rasenya Norshahrul Idlan Talaha je..Dia nie sorang je aku tengok berani jadikan bola tue barang mainan dia..Tak takut nak control bola,siap leh gentel-gentel lagi bola tue..Hah,nie la baru orang panggil pemain bola sepak...

Dalam game tadi,aku paling kesian kat encik keeper team kite..Setengah nak mati aku tengok dia kena rembat..Defend bleh wat relax je biorkan player-player Thailand shoot bola tue laju-laju..Nasib baik la kaki player Thai tue tak bedung masa kecik-kecik dulu,kalau tak mau tak kurang 5-6 gol leh masuk woo tadi..Terima kasih kepada ibu-ibu player Thailand kerana tidak membedung kaki anak anda masa kecik..Tindakan anda itu telah menyelamatkan team Malaysia dari kalah besau hari ini..

Walaupun entri aku nie berunsur mengondem dan mengutuk team bolasepak negara kita,tapi aku nak bagitau kat Mr.Rajagopal, dont worry bebeh,lubang idungmu tetap menjadi pojaan hatiku...Silap silap...Aku akan tetap menyokong pasukan bolasepak negara kita tak kire kalah ke,menang ke,kena belasah ke dan yang sewaktu dengannya..MALAYSIA BOLEH!!!



~from taiping with love~

...keputusan Undian Blog Pilihan Malaysia 2010...

0
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Baru kejap tadi aku review final result untuk Undian Blog Pilihan Malaysia 2010..Dan ini adalah pemenang-pemenangnya..


Blog Lawak Pilihan - TUBELAWAK.BLOGSPOT

Blog Tutorial Pilihan - Mari bina blog

Blog Blog Personal Isteri Pilihan - Cik Nadia Bayu

Blog Personal Wanita Pilihan - Irine Nadia Marcello

Blog Personal Suami Pilihan - Ben Ashaari

Blog Personal Lelaki Pilihan - Aizul | Marcello


Tabik spring untuk semua pemenang nie..Diaorang sememangnya layak untuk menang dalam kategori masing-masing..Tahniah-tahniah!!!!




~from taiping with love~

...22 hari sudah...

2
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Dah 22 hari aku dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran 'P.A.P.A'...Sangat-sangat tak sangka yang sekarang nie aku dah ada anak..Macam tak caya bila tengok surat beranak Amani tertulis Nur Arissa Amani binti MOHD FAIZAL <--------------nama aku nih...

Apa pun,Alhamdulillah di atas kurniaan terbesar dalam hidup aku...Sekarang nie dah ada perubahan dalam hidup aku dan wife..Sebelum Amani lahir,kalau aku call wife aku,tak sempat berdering 3 kali,gerenti wife aku dah angkat fon punya lah..Sepantas kilat beb..Biasa la,hp ade kat tangan la katakan..Tapi sekarang, 2-3 kali redial baru berangkat fon..Takpe-takpe,aku faham sekarang nie wife aku sibuk dengan Amani anak papa..

Kalau dulu,aku cukup tak berani nak pegang new born baby..Bukan ape,takut terkulai leher baby tue..Lembut lagi la katakan..Tapi sekarang tidak lagi!!! 2-3 minggu sebelum Amani lahir,aku giat menjalani latihan dukung baby..Terima kasih kepada akak aku sebab bagi aku gunakan baby Aliya untuk latihan..Untuk makluman korang,akak aku pon baru je lahirkan sorang baby gurl yang comel..Nama dia Nur Aliya @ baby Aliya,lahir pada 12/10/2010..

Sekarang nie,aku bukan je dah teror dukung baby,siap teror mandikan baby lagi,ok...Terima kasih kepada abah dan abang ipar aku di atas latihan teori dan amali yang diberi...Aku suka mandikan Amani sebab dia suka dengan air..Tak nangi-nangis..Nasib baik Amani suka air,kalau tak mau haru biru jadinye nak mandikan..

Apapun,terima kasih kat mak dan abah,akak-akak dan abang ipar aku dan mak dan ayah mertua aku sebab banyak bagi bimbingan dan panduan dalam menguruskan Amani..Aku kan budak baru belajar nak jadi PAPA,so memang banyak benda yang aku tak tau..

p/s: tak sabo-sabo nie nak balik weekend nie..nak dukung Amani...


~from taiping with love~

...home sweet home...

9
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Seronok kan bila rumah kita sentiasa dalam keadaan bersih,tenang dan sedap mata memandang..Kena pulak dengan tema yang menarik..Peh,memang sehari tak keluar rumah pon takpe..

Aku nak share sikit dengan korang suasana dalam rumah aku..Aku dan wife sangat berminat untuk deco rumah tema ala inggeris..Vantage gitu..So,sejak dari bulan Jun,aku dan wife dah start deco rumah ikut tema inggeris nie..Sebelum nie tema rumah aku krim+coklat..

Kenapa pilih tema vantage@ala-inggeris nie??? Mudah je reason aku..Aku memang berkenan giler dengan deco ala-inggeris nie..Tak tau la kenapa..Lagipon,aku memang suka warna putih..

Tapi,nak deco rumah ikut tema nie ada cabaran tersendiri..Tambah-tambah lagi kat tempat aku,Taiping..Sangat susah nak dapatkan perabot dan perhiasan ala-inggeris nie..Tapi,bila dah dapat perabot@perhiasan yang kita nak tue,memang sangat puas hati..

Actually sekarang nie aku masih tengah decorate ruang tamu aku..Sekarang terpaksa stop sekejap,pasal wife aku baru bersalin..

Ok,jom aku nak share sikit gambar-gambar yang sempat aku snap..

~nie tema rumah aku sebelum nie, Krim + Coklat~


~ruang tamu yang telah diberi sentuhan ala-inggeris~


~hiasan dinding~


~tema ala-inggeris,mestila kena ade bunga ros sepasu~


~kabinet tv kaler putih (yang cantik) nie punya la susah nak cari kat Taiping~
~Yang tak cantik belambak le~
~TV je yang buat aku sakit mata tengok..Nak kena tukar pakai LCD nie~





~from taiping with love~

...dah 10 hari dah...

2
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Hari nie genap 10 hari usia puteriku tersayang, NUR ARISSA AMANI...Still kena lagi penyakit demam kuning..Last skali check ( semalam ) demam kuning tue reading dia 10.9..Esok kena bawak pegi check up lagi..Hopefully drop le reading tue..

Semalam puan misi a.k.a nurse datang rumah aku untuk timbang Amani..Dah 3kg berat Amani..Agak terkejut beruk jugak le puan misi tue..Sebab Amani lahir berat just 2.31 kg..Baru 9 hari dah meningkat ke 3kg..Puan misi cakap mungkin hospital salah timbang berat Amani masa lahir hari tue..Entah le..Yang penting, Amani aku sihat dan makin membesar..

Semalam aku dah start kerja pon..Kire malam tadi aku tido sorang-sorang le..Al-maklum le,aku nie dok bujang kt Butterworth..Dah 2 minggu tido kat rumah sendiri,ase tak boleh plak tido malam tadi..Teringat kat Amani pon ada..Camni rupenya perasaan jadi seorang daddy ek..

Tepat pukul 5 petang tadi,laju je aku pegi punch card..Dah tak sabo-sabo nak shoot balik Taiping,nak tengok Amani dengan mama Amani..Rindu woo kat 2 orang tue..Balik rumah kejap packing baju 2-3 helai,start kereta,terus pecut balik Taiping (110 km/j je ye aku pecut)..Ngam-ngam sejam,aku dah sampai exit Kamunting Utara..Hohohohohhoo..Hati manyak suka maa..

Dalam hati dok nyanyi-nyanyi riang...

"Amani, papa dah balik!!!"


~from taiping with love~

...rEpoRt kEsIh@t@n...

Daisypath Anniversary tickers