...r@k@n nI@g@ t@ukE BloG...


...1st time aku jumpa kenduri kahwin macam nie...

9
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Semalam aku bawak mak mertua aku dan wife ke satu kenduri kahwin..Actually aku tak kenal pun tuan rumah kenduri kahwin nie..Pergi pun sebab mak mertua aku dah dijemput..Tapi kan, ada sedikit pelik dah 1st time aku jumpa kenduri kahwin macam nie..Tak tau la kan kot-kot kat tempat korang pernah@biasa jadi macam nie..Tapi sepanjang aku pegi kenduri kahwin la,tak pernah lagi aku jumpa kenduri kahwin sytle macam nie..

Kenduri kahwin nie start pukul 2 petang..Nie tak berapa pelik lagi..Masa aku sampai rumah kenduri tue,suasana dia tak pelik..Sama je macam kenduri kahwin yang lain..Aku pergi dengan harapan dapat la makan nasi minyak dengan lauk yang sedap-sedap..Perut pon dah lapar giler..Maklum la, time aku sampai tue dah pukul 3.15 petang..Lepas salam dan hulur sampul kat tuan rumah, aku pegi la kat meja hidangan..Terkejut beruk aku..Tau tak pasal ape? Hidangan lauk-pauk yang aku bayangkan+idamkan takde atas meja hidangan..Yang ada roti jala, pasembor, koteaw goreng dan kuih-muih..Air pulak ada cendol dengan air limau ais..Isk, biar betul nie? Nie kenduri kahwin ke kenduri doa selamat?..Tapi, masa aku masuk tadi,ada aku nampak pasangan pengantin tgh sedap makan kat meja makan beradab..Memang confirm nie kenduri kahwin..Tapi kenapa hidangan untuk tetamu bukan macam kebiasaan? Dah macam hidangan minum petang plak dah..

Mengenangkan perut aku memang dah lapar giler,aku sebat je apa yang ada..Walaupun hidangan tue semua sedap-sedap belaka, tapi aku makan dalam keadaan confius..Tak pernah-pernah lagi la aku jumpa kenduri kahwin macam nie..Patut la tuan rumah panggil jemputan datang start pukul 2 petang..Rupa-rupanya tuan rumah buat jamuan makan ala minum petang..Isk, jimat giler kenduri kahwin macam nie..Bukan niat nak mengutuk ke ape kan, tapi tuan rumah kenduri kahwin nie bagi aku bukan orang susah..Rumah banglo setingkat beb..Kalau dah rumah banglo tue,korang faham-faham aje lah ye macam mana status kewangan tuan rumah tue kan..Walau ape pun, aku tetap bersyukur jugak sebab dapat makan..Walaupun bukan seperti yang aku bayangkan..TQ tuan rumah sebab sudi jemput datang kenduri..

p/s: pernah jadi tak kat tempat korang kenduri kahwin macam nie?


~from taiping with love~

9 comments:

alinac lover said...

yeke? bg idea laa!

nti saya kawen nk buat mcm tu jugak la..hahaha

faizal said...

alinac: awk kawin nanti wt plak mee goreng mamak..hehehe..

manggosteen said...

sekarang ni kenduri kawin dah mcm2 style dah..
paling ringkas yg penah aku pegi hanyalah kenduri doa selamat je..masanya pon singkat je..lepas isyak sampe kul 11..jimat..

faizal said...

manggosteen: tue la pasal..kekadang tue rase kenduri kawin ni cam dah ilang plak serinya kan bila wat cam tue..

MiSs NoRmaLa NorFiqZ said...

bagus juga ni..nti saya kawen saya pun nk buat macam ni juga la...good idea....

faizal said...

miss normala: alamak,ase nyesal plak wt entri nie..ramai plak yg nk ikut style kenduri cam 2..jgn le wei

aircond kereta said...

alhamdulillah....pada tuan rumah yang buat majlis seringkas itu....Kan sunnah nabi tu...yang penting keberkatan majlis itu.....lagi seronok kalau di selitkan dengan ceramah agama....masyaallah..

Suzila Azis said...

sokong dengan aircond kereta.majlis perkhawinan skang dah macam2, lelaki dan perempuan bukan mahram bercampur2. blom lg tgk pengantin perempuan lenggok semacam yg boleh mengusik iman tetamu. ape2 pon semua atas diri sendiri. bagus entry awak ni encik penulis. jangan lah pernah menyesal. peace.

Ffariha Fairy. Obviously not Kila Fairy's sister! said...

Seeloknye buat la sederhana mungkin..bersanding bagai tu adat je..kdg2 da sampai keterlaluan. Xde yg pelik pon buat kenduri cmtu..sbb kalau mewah pon org ngate,buat ringkas pon org ngate.ikut kemampuan k!!

Post a Comment

...rEpoRt kEsIh@t@n...