...r@k@n nI@g@ t@ukE BloG...


...hari nie hari sedih aku...

2
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

      Hari nie hari sedih aku..Doktor dah pun mengesahkannya pagi tadi..Aku sangkakan aku akan dengar sesuatu yang positif dari mulut doktor..Tapi, apa yang terpacul keluar dari mulut doktor pagi tadi benar-benar menyentap aku..Aku terkaku keras di atas kerusi di hadapan doktor..Doktor hanya mampu memandang kelakuan aku ketika itu..Tiada apa yang mampu doktor cakapkan kat aku selain dari nasihat,panduan dan kata-kata perangsang..

      Pada ketika itu,dunia aku rasa macam dah kosong..Aku langsung dah tak dengar suara doktor berkata-kata kat aku..Entah lah,aku dah tak peduli apa-apa..Yang aku tahu,kini semua dah berubah..Aku dah tak macam dulu..Kenapa jadi macam nie???...

      Aku melangkah longlai keluar dari bilik doktor..Walaupun masa tue ramai patient sedang menanti untuk jumpa doktor,tapi aku tak dapat rasakan kewujudan mereka..Seolah-olah masa tue,hanya aku sorang aje yang tinggal atas dunia nie..Sunyi sepi..Otak aku masih berputar ligat memikirkan kata-kata doktor tadi..

     "Ah,doktor tue penipu!!!!" batinku menjerit.

      Tapi,takkan la doktor tue menipu??..Kerja doktor merawat orang sakit,bukannya menipu..Orang yang aku jumpa tadi adalah doktor pakar yang berkelulusan dari UKM, bukannya agen gores dan menang..

      Aku hanya mampu tersandar di dinding klinik..Pasrah..Kini aku pasrah..Mungkin ini dugaan untuk aku di dunia ini..Pandangan dan fikiran aku masih lagi kosong sehinggalah nama aku dipanggil oleh petugas kaunter,

     "En.Faizal, datang ke kaunter ubat sekarang."

     Aku hanya mampu melangkah longlai ketika nama aku dipanggil..Tak guna nak kelam-kabut,bukannya nama aku dipanggil sebagai pemenang utama Peraduan Saga Snap and Win pun, tapi nama aku dipanggil untuk ambik ubat..Sampai di kaunter, aku hanya mampu mengangguk lesu di kala petugas kaunter menyatakan aturan pengambilan ubat yang patut aku patuhi..

     Segenggam plastik berisi ubat-ubatan kini kemas dalam genggaman aku..Aku berlalu meninggalkan klinik dengan sayu..

     Tiba di rumah, mak mertua aku bertanya tentang perkembangan aku.

     " Faizal, apa doktor cakap tadi? "

     Tanpa berkata sepatah pun, aku hanya menghulurkan bungkusan ubat yang aku dapat dari klinik tadi..Mak mertua aku menyambut bungkusan itu..

     "Hah, mak dah agak dah..Ni mesti kena GASTRIK." kata mak mertuaku..

     " Tu lah, lain kali tahan lapar lagi."




p/s: ada bakat tak aku tulis novel? hehehehehe


~from taiping with love~

2 comments:

it's all about glamhijab and shawl said...

cam hampeh..ingatkan apa tadi..

sebelas said...

hampeh...buat suspen jer..hohohoho






http://nomborsebelas.blogspot.com

Post a Comment

...rEpoRt kEsIh@t@n...