...r@k@n nI@g@ t@ukE BloG...


...segmen PSIKOLOGI - 6 perkara mudah buat anda disenangi...

1
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Apa khabar semua??..Kali nie aku nak share dengan korang sedikit santapan minda..Jom kita share dan amalkan sama-sama..


-6 PERKARA MUDAH BUAT ANDA DISENANGI-

1) Menjadi pendengar yang baik


- Kesediaan mendengar dengan baik bukan bermakna kita hanya menerima secara pasif apa yang disampaikan oleh rakan sekerja. Tetapi perlu memberi respon sama ada secara lisan atau bukan lisan.



2) Belajar memahami induvidu yang lain

- Belajar mengenali teman sekerja anda sepanjang perbualan. Jangan memaksa mereka mengikut cara anda, sebaliknya biar mereka melakukannya mengikut kerelaan hati.



3) Jaga penampilan

- Berpakaian kemas dan segar. Tidak salah memakai wangian pada badan, asalkan tidak keterlaluan. Anda pasti disenangi. Anda juga seharusnya pandai menilai sesuatu perkara yang berlaku di persekitaran anda.



4) Berilah pandangan yang bernas dan berkongsilah dengan teman anda

- Manusia sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah yang ada kalanya tidak dapat mereka selesaikan secara bersendirian.Tidak salah sekiranya anda cuba memberi jalan penyelesaian dengan bantuan idea-idea praktikal dan bernas serta ikhlas.



5) Jangan berpura-pura

- Bersikap jujur dengan diri sendiri adalah cara yang paling baik sekali. Langkah itu membuatkan anda lebih dihormati. Pastinya individu yang menghormati diri sendiri akan belajar menghormati orang lain.



6) Amalkan senyuman

- Sentiasa memberikan senyuman setiap kali memulakan perkenalan dan perbualan. Senyuman akan menjadi pemangkin dalam perhubungan yang mesra.


~from taiping with love~

1 comments:

izyanty collection said...

semua diatas betul heheheh.....

Post a Comment

...rEpoRt kEsIh@t@n...