...r@k@n nI@g@ t@ukE BloG...

@nd@ @d@L@h pEngUnJuNg yG kE:


...Selamat Hari Guru...

2
salam semua..
aku sungguh berbesar hati untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidik di Malaysia nie..mesti semua sedia maklum yang Hari Guru akan disambut pada 16 Mei setiap tahun..Tema Hari Guru pada tahu ini adalah "Guru Pembina Negara Bangsa"..sempena Hari Guru nie,tetiba je ingatan aku diterjah oleh wajah-wajah insan yang bergelar 'guru' yang pernah bersusah payah mengajar aku dari tadika hingga ke sekolah menengah..

Kali pertama aku mengenali insan yang bernama guru@cikgu nie adalah masa zaman kanak-kanak ribena aku,time sekolah tadika..aku ingat lagi nama cikgu tadika aku tue..Cikgu Nurhayati..nie lah dia insan yg susah payah ajar aku untuk kenal ABC 123..terima kasih cikgu yatie..yg best tue,cikgu yatie nie still kenal aku sampai sekarang..time zaman sekolah rendah aku plak,nama-nama cikgu yg masih aku ingat sampai sekarang adalah Cikgu Zuliana (nie cikgu kelas aku masa darjah 1) dan Cikgu Fatimah Badariah (nie plak cikgu kelas aku masa darjah 6)..Cikgu Badariah nie aku ingat sampai sekarang sebab cikgu nie penah tarik sideburn aku..sakit woo..sebab ape kena tarik???..pe lagi,sebab x siap kerja sekolah la..tp Cikgu Badariah nie antara cikgu kesayangan aku wei masa sekolah..sekali lagi dengan berbesar hati aku nk ucapkan " Terima Kasih Cikgu, di atas jasamu-jasamu"..

Zaman sekolah menengah lebih menarik..sebab time nie aku pon dah semakin beso..so, byk jugak le cikgu-cikgu yg masih aku kenang sampai sekarang..zaman sekolah aku bermula di S.M King Edward VII, Taiping..mesti ramai kan penah dengar nama sekolah nie..hehehehe..aku sekolah kt sini dari form 1 sampai le form 3..hah,cikgu yang paling aku ingat masa belajar kat sini,x lain dan x bukan adalah Mr. James Foo a.k.a cikgu disiplin..jgn salah faham ye,aku ingat cikgu nie bukanlah sebab aku selalu kena rotan ngan dia,tp sebab ketegasan dia masa mengajar..takut beb bila masuk kelas sains dia..kata-kata keramat cikgu nie yg aku n kengkawan lain ingat adalah " Kalau saya dapat,saya tak bagi balik dah.."hehehehe..ape pun, setinggi-tinggi ucapan terima kasih ikhlas dari aku untuk semua cikgu-cikgu S.M King Edward yg sudie ajar aku masa aku sekolah kt sana..

Zaman sekolah menengah aku diteruskan lagi di Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator, Ipoh, Perak..kt sekolah nie lah aku byk belajar berdikari,belajar kenal orang dan mcm-mcm lagi la yg aku belajar..yang jahat,yang baik semua aku hentam belajar..biasa la,darah muda..ceh..antara cikgu yg aku ingat semestinya warden asrama la, iaitu Cikgu Leman, Cikgu Bukhari@cikgu Bob..nie adalah warden-warden yang disayangi,dihormati dan turut ditakuti oleh aku dan geng2 hostel aku yg len..cikgu-cikgu len yang byk berjasa kt aku dan paling aku ingat adalah Miss Kala Devi, Cikgu Faridah, Cikgu Tarmizi dan banyak lagi la..x dapat nk sebutkan semua..maaf ye cikgu..ape pun, terima kasih semua cikgu-cikgu di SMTLC nie yang telah berjaya mendidik aku dan kawan-kawan aku yang lain dengan sempurna..

Bagi aku,kalau la cikgu-cikgu yang mengajar aku masa sekolah dlu tak mengajar dengan penuh dedikasi, ikhlas dan bersungguh-sungguh,rasenye aku x jadi orang sekarang..so,guru adalah antara insan yang patut kita hormati dan sanjungi kerana jasa mereka untuk mendidik anak bangsa..aku sebenarnay rasa amat terkilan dengan sikap pelajar-pelajar sekarang yg dah tak tahu nk hormat dengan guru..sekiranya ada antara korang yg baca entri aku nie bergelar pelajar, hargai jasa guru-guru korang dengan cara menghormati mereka..

~SELAMAT HARI GURU~


~from taiping with love~

2 comments:

Unknown said...

miss kala jengking eh silap, devi lah kesygan ko, hahahha!! aku cyg cikgu bangkai tapi tak ingat name penuh dia, huhuhu! :p

5zal said...

cikgu bangkai nama dia cikgu naim la..ceh,kata kesayangan konon,nama pon x ingat

Post a Comment

...rEpoRt kEsIh@t@n...

Daisypath Anniversary tickers